ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boon Siew Honda lancar Honda Impian X yang pertama di Malaysia

Views

Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan secara rasmi pusat jualan konsep Honda Impian X yang pertama di Malaysia terletak di Johor. Pusat jualan dan perkhidmatan sehenti yang memaparkan rekaan terkini itu dikendalikan oleh Swee Seng Heng Sdn Bhd yang telah menjadi pengedar sah motosikal Honda di Johor sejak 1990. Honda Impian X menawarkan model-model motosikal Honda dengan enjin berkuasa sehingga 300cc dan dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan bagi menyokong permintaan yang kian bertambah serta menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan.

Susulan kejayaan Kedai Impian Honda yang diperkenalkan pada 2010, BSH kini bersedia untuk mempertingkatkan aras perniagaannya dengan memperkenalkan Honda Impian X yang direka khusus dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan gaya hidup moden seperti WiFi percuma dan ruang menunggu yang menyajikan makanan dan minuman ringan untuk keselesaan dan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

Menerusi pengenalan Honda Impian X, BSH juga mempertingkatkan pengalaman perkhidmatan selepas jualan dengan memperkukuhkan prosedur standard perkhidmatan bengkel. Pelanggan akan dilayan secara profesional oleh kakitangan perkhidmatan dan boleh yakin bahawa penyelenggaraan motosikal mereka dilaksanakan menurut garis panduan BSH. Para pengedar pula disediakan dengan peralatan lengkap dan teknologi terkini yang dikendalikan oleh kakitangan teknikal terlatih dengan menggunakan alat ganti tulen.

Honda Impian X juga komited dalam menyediakan khidmat Pre Delivery Safety Advice (PDSA) kepada kesemua pelanggan yang membuat pembelian motosikal baharu. Para pelanggan akan dididik mengenai langkah-langkah keselamatan jalan raya yang penting oleh jurulatih keselamatan di pusat ini semasa proses penyerahan motosikal mereka

Pada 2017, BSH merekodkan jumlah jualan sebanyak 120,613 unit, meningkat sebanyak 19 peratus berbanding 2016. Johor menyumbangkan kira-kira 14 peratus daripada jumlah jualan BSH iaitu lebih 16,000 unit dan merupakan penyumbang kedua tertinggi jualan syarikat di antara 13 negeri di Malaysia.

Pembukaan Honda Impian X yang seterusnya adalah di bawah Hip Seng Motors dan Kin Wah Motors di Perak pada suku pertama tahun ini. Untuk membuat tempahan atau maklumat lanjut mengenai Honda Impian X, hubungi Swee Seng Heng Sdn Bhd di 07-530 0595/07-530 0596 atau mengunjungi mereka di No 29 & 31, Medan Nusa Perintis 2, Taman Nusa Perintis, 81550 Gelang Patah, Johor ataupun layari laman Facebook rasmi sweesenghengmotorsdnbhd.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply