ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : SUV Proton buat kemunculan di Menara Bumiputra Commerce

Views

Minggu lalu bertempat di lobi Menara Bumiputra Commerce, SUV pertama Proton telah dipamerkan untuk tontonan umum dalam satu sesi jerayawara. Salah seorang pembaca laman sesawang ini, Farhan Hakimi sempat menghadiri sesi ringkas tersebut yang hanya berlangsung selama tiga jam dan sempat mengirimkan beberapa foto untuk dikongsikan.

JOM BACA >> SUV Pertama Proton – Apa Yang Perlu Anda Tahu

SUV Proton yang dipamerkan ini masih lagi dalam bentuk model asalnya iaitu Geely Boyue dan bukan versi Proton yang telah dipandu uji oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir baru-baru ini. Unit pameran ini juga masih lagi sarat dengan celoreng penyamaran dan pada pengamatan kami, bahagian yang bertutup itu nanti akan mengalami perubahan dari segi kosmetik untuk fasa keduanya yang dijangka tahun hadapan.

Untuk permulaan, unit fasa pertama adalah rebadged versi facelift Geely Boyue 2018 yang hanya mengalami perubahan kecil terutama sekali pada jeriji hadapan dan didatangkan secara CBU dari China. Dijangka SUV Proton akan diperkenalkan secara rasmi seawal penghujung bulan September atau awal Oktober tahun ini. Tanda harga bagi model SUV premium lima tempat duduk ini dikhabarkan berada di bawah RM100K seunit.

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

JOM BACA >> Proton Bayu – Gambaran SUV pertama Proton rekaan Saharuddin Busri

JOM BACA >> Kenali Saharudin Busri – Pencetus ilham rekabentuk Suprima-X

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply