ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Perodua Myvi cecah 6,000 unit, sehari selepas pelancaran rasminya

Views

Baharu sahaja membuat kemunculan rasmi pada 16 November lalu, Perodua Myvi telah mencatatkan tempahan sebanyak 6,000 unit, hanya sehari selepas pelancaran rasminya. YBhg Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula menjadi individu yang pertama memiliki model tersebut setelah menerima keretanya pada hari Jumaat lalu.

Menurut Tan Sri Abdul Wahid Omar, sebagai Pengerusi Kumpulan PNB beliau amat berbesar hati menjadi pelanggan pertama membuat tempahan dan menerima kereta tersebut yang direka dengan sebegitu cantik oleh pereka dan jurutera tempatan. Beliau turut kagum dengan ciri-ciri canggih pada kereta tersebut yang sebelum ini hanya didapati pada kereta mewah dan ia turut menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP pada 16 November lalu.

Tan Sri Wahid turut mengucapkan tahniah kepada Perodua dan PNB sebagai antara pelabur dalam syarikat Perodua turut berbangga dengan kejayaan tersebut. Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua pula berkata mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain atas sokongan kuat mereka terhadap Myvi.

Selain itu, tiga pemenang hadiah utama peraduan ‘Myvi 12 Iconic Years Anniversary SMS & Win Contest’ juga antara pemilik pertama semasa Perodua menyerahkan kunci Myvi 1.5 Advance dalam satu majis yang berlangsung pada minggu lepas. Mereka adalah Cik Chin Mei Ling, 26, Encik Mohd Nazmil bin Mohd Nasir, 33, dan Encik Ong Kok Seng, 60. Perodua kekal komited untuk memaksimakan penghantaran kereta bagi memastikan penghantaran segera Myvi baharu kepada pemiliknya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Terbaik YBhg Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB).. Memandangkan PNB ada pegangan saham dalam Perodua, sebagai pengerusi Tan Sri mengambil inisiatif sebagai induvidu pertama membeli Myvi.. Kudos Tan Sri


  • teman sudah test.
    hajat nak upgrade myvi lagi best ke myvi baru.
    tapi lepas test cancel plan.
    rasanya in term of response, pickup ,prev myvi lagi sedap. yang baru ni rasa macam kekurangan..ruang kabin juga rasa sedikit cramp. mungkin teman aje rasa mcm tu.

Leave a Reply