ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen dan JAC bakal bangunkan kereta elektrik

Views

Sejak terpalit dengan skandal penipuan emisi yang mengegarkan seluruh alam, Volkswagen kini mencari sumber alternatif baharu kenderaan mereka dan elektrik dikatakan bakal menjadi pilihan utama. Menurut AutoActu, yang memetik sumber dari Ketua Pegawai Eksekutif jenama tersebut di China, Jochem Heizmann, gergasi automotif dari Jerman itu telah menandatangani memorandum dengan Jianghuai Automobile Co. (JAC) untuk membangunkan kenderaan elektrik.

Apa yang menarik, kenderaan elektrik tersebut tidak akan dijual menggunakan nama Volkswagen, tetapi akan dijenamakan di bawah nama baharu yang masih belum dimuktamadkan. Kenderaan tersebut akan menggunakan pelantar (platform) yang dibangunkan oleh rakan VW dari China, dan difahamkan ia bakal menjadi kenderaan elektrik kos rendah.

Keputusan Volkswagen untuk membangunkan kenderaan elektrik dan menjualnya di China mempunyai kaitan dengan perancangan Beijing untuk memperkenalkan sistem perdagangan karbon mulai 2018, yang bakal memaksa pengeluar kereta yang menjual lebih 50,000 unit kenderaan setiap tahun dalam pasaran tempatan untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang dibangunkan dalam negara. Usahasama dengan JAC dijangka tidak akan menggangu perniagaan Volkswagen di negara Asia lain bersama FAW dan SAIC Motor.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Nampaknya dalam masa terdekat VW akan menggantikan semua kereta berenjin diesel kepada enjin motor elektrik.. Evolusi dunia permotoran..


    • Evolusi yang sangat memberi manfaat. Bukan sahaja VW, automaker seluruh Jeman, India, Jepun Dan China bakal mengeluarkan 100% Kenderaan elektrik menjelang 2050.

      Pengeluaran kereta elektrik secara besar²ran akan memberi impak sangat besar kepada harga minyak mentah. Harga minyak mentak akan berada paras yang rendah untuk tempoh masa yang sangat panjang.

      Evolusi dunia permotoran yang sangat memberi manfaat

Leave a Reply