ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen hadiahkan Polo Sedan sempena kempen raya!

Views

polo sedan

Aura kedatangan bulan Ramadan dan Hari Raya kini semakin terasa. Beberapa pengeluar kereta juga turut mengadakan promosi dan kempen untuk menyambut kedatangannya. Volkswagen Group Malaysia turut tidak melepaskan peluang dengan melancarkan kempen ‘Selamat dan Bergaya Balik Kampung’ dengan kerjasama pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.

Kempen yang berlangsung selama sebulan bermula dari 10 Jun hingga 10 Julai 2014 dilancarkan serentak dengan pengenalan koleksi raya 2014 Melinda Looi yang bertemakan ‘emel by Melinda Looi’. Volkswagen turut menawarkan sebuah Polo Sedan untuk seorang pemenang bertuah sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Untuk menyertainya, anda hanya perlu mengunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran dan memandu uji mana-mana model kereta Volkswagen atau layari http://bit.ly/emelxVW . Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam talian untuk berpeluang memenangi Polo Sedan. Yang paling menarik, anda tidak perlu membeli kereta Volkswagen untuk menyertainya, mudah bukan!

* Jangan tunggu lagi, manalah tau kalau ada rezeki anda menang kereta Raya tahun ni kan. 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply