ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Proton uji Prevé Refinement!

Views

Jika dua hari yang lepas, kami menulis artikel tentang foto dan video intipan Proton Suprima S Refinement, kali ini kelibat unit ujian Prevé Refinement pula ditemui dan telah dimuatnaik ke laman Facebook Preve & Suprima GARAGE. Warna unit ujian Prevé Refinement ini juga baharu dan kelihatan juga bar pada bahagian atas nombor plet dicat dengan warna hitam. Rim aloinya juga mendapat rekaan baharu dan sekali imbas nampak ia seakan mempunya dua-tona.

Melalui maklumat rahsia yang kami dapat dari ejen perisik automotif Mat Bond, Proton telah memulakan fasa awal untuk mengeluarkan model Prevé Refinement di Tanjung Malim dan ia mungkin dilancarkan sebelum akhir tahun. Buat masa ini hanya unit untuk kegunaan pihak R&D sahaja dikeluarkan untuk diuji.

Selain warna badan dua tona, Prevé Refinement akan mendapat pakej NVH yang lebih baik dan senyap, penggunaan tiga cagak enjin, warna baharu dan berkemungkinan tiada lagi enjin CamPro IAFM dari senarai penjana kuasa, yang tinggal hanyalah enjin 1.6 liter turbo sahaja. Kita nantikan info seterusnya!

BACA >> INTIP : Proton Suprima S Refinement sedang diuji!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply