ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen perkenal pakej ‘WILD’ untuk Tiguan 1.4TSI Comfortline

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan pakej baharu untuk Tiguan Comfortline yang dikenali sebagai ‘WILD’. Pakej ‘WILD’ merangkumi pedal sports aluminium, kemasan krom pada bahagian belakang dan pemijak sisi dengan logo Tiguan. Kit tersebut dilengkapkan lagi dengan filem penapis haba VW Tint.  Pakej ‘WILD’ ditawarkan pada harga RM5,099.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pengenalan pakej ‘WILD’ memberi pilihan kepada pelanggan untuk membuatkan Tiguan mereka lebih menyerlah berbanding yang lain. Penambahbaikan pada Tiguan sememangnya dapat memantapkan lagi reka bentuk serta kontur SUV yang bergaya.

Tiguan menggabungkan enjin TSI 1.4L dengan pengecas turbo dan pancitan terus bersama kotak gear klac basah 6-kelajuan automatik. Enjin tersebut mampu menjana kuasa mengagumkan mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm. Tiguan Comfortline ditawarkan pada harga RM148,990 seunit, tidak termasuk pakej ‘WILD’.

Sama seperti semua model Volkswagen (berkuat kuasa pada 1 Januari 2018) Tiguan hadir dengan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun (atau perbatuan sejauh 45,000km, mana-mana tiba-tiba dahulu), selain jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. Untuk maklumat lanjut, kunjungi pengedar sah Volkswagen berhampiran atau layari laman sesawang www.volkswagen.com.my/tiguan/comfortline-wild

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply