ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely SX11P – Bakal SUV kompak ‘plug-in hybrid’ pertama Proton?

Views

Laman sesawang Autohome.com.cn telah memuatnaik dua keping foto model SUV kompak terbaharu Geely SX11P yang dikuasakan oleh penjana plug-in hybrid. Rekabentuknya mengadaptasikan elemen gaya rekaan baharu Geely yang turut digunakan pada model MPV VF11 dan model sedan segmen-C, SL. Model ini masih belum dilancarkan di China dan ia bakal bersaing dengan beberapa model jenama tempatan lain seperti Changan CS35, Dongfeng Fengxing T5, Lynk & Co 02, Brilliance Zhonghua V7 dan Zotye B11G.

Sedikit info mengenai Geely SX11 / SX11P:

  • Dimensi – 4330mm (panjang) / 1800mm (lebar) / 1609mm (tinggi) dan jarak roda 2600mm.
  • Berada di antara model Vision SUV dan Vision X3 dalam kategori SUV kompak.
  • Dilengkapi dengan bumbung suria dan pelbagai ciri lain bergantung pada varian.
  • Menggunakan tayar bersaiz 215/55 R18.
  • Dijana oleh enjin dengan pengecas turbo 1.5 liter (kod enjin JLH-3G15TD), motor elektrik dan sistem bateri hibrid lithium.
  • Kuasa maksimum 177 hp.

Pada pandangan kami, model Geely SX11P amat sesuai dijadikan asas kepada SUV kompak pertama Proton yang sememangnya dinanti-nantikan. Di Malaysia, model ini bakal berentap dengan Honda HR-V, Toyota C-HR, Renault Captur dan mungkin juga boleh menjadi pesaing kuat kepada SUV Perodua.

Kami berharap Proton akan membawa model ini dalam bentuk konsep untuk tontonan pengunjung Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS’18) yang bakal berlangsung pada 23 November hingga 2 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) nanti. Setuju tak?

Sumber: Autohome.com.cn

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply