ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen I.D. Buzz concept – Cucu Combi versi elektrik

Views

Penyambung legasi warisan Volkswagen Combi, I.D.Buzz concept bakal membuat kemunculan pertamanya di Eropah sempena Geneva Motor Show. Model konsep elektrik ini adalah cetusan idea terbaharu Microbus moden dan kajian kedua I.D. selepas model hatchback membuat kemunculan di Paris tahun lalu.

I.D.Buzz dikuasakan oleh penjana kuasa elektrik yang menggabungkan dua motor berkuasa 201hp pada setiap gandar dan menghasilkan kombinasi 369hp, sekaligus membuatkannya mampu memecut dari 0-60mph dalam masa 5.1 saat sebelum mencecah kelajuan tertinggi 99mph.

Berukuran 4,942mm panjang, 1,976mm lebar dan 1,963mm tinggi, I.D. Buzz concept dibangunkan dari pelantar MEB yang dikhususkan untuk model elektrik. Model konsep ini adalah berautonomi sepenuhnya dan menampilkan sistem pemanduan I.D. Pilot. Pek baterinya yang dipasang di lantai mempunyai kapasiti 111kWh, memberikan model ini jarak pemanduan sekitar 270 batu (600km NEDC) sebelum dicas kembali.

VW berkata, 80 peratus cas boleh dicapai dalam masa setengah jam dengan menggunakan Sistem Pengecasan Gabungan (Combined Charging System (CSS) atau pengecasan induktif antara muka (inductive charging interface) dengan pengunaan kadar cas 150kW. Dengan rekabentuk futuristik yang digabungkan dengan elemen retro, I.D.Buzz membangkitkan kembali nostalgia model ikonik Combi dengan gaya yang moden. Akhirnya berjumpa juga I.D.Buzz dengan datuknya di Miami dalam satu sesi fotografi.

KLIK UNTUK BESARKAN

VW-ID-Buzz-02 VW-ID-Buzz-03 VW-ID-Buzz-09 VW-ID-Buzz-13 VW-ID-Buzz-15 VW-ID-Buzz-21 VW-ID-Buzz-24 VW-ID-Buzz-28 VW-ID-Buzz-29 VW-ID-Buzz-30 VW-ID-Buzz-38

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply