ARKIB

KATEGORI

Buletin

10 spesies yang sering disumpah seranah oleh pengguna jalan raya

Views

Kami yakin anda pasti dan kerap berjumpa dengan pelbagai spesies yang bakal menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya. Pak lebai pun pasti akan hilang kesabaran bila terjumpa mereka ini. Kami pun kerap kali berjumpa dengan makhluk yang berperangai aneh ini dan macam biasalah mereka macam ini perlu ditarbiahkan supaya mengubah sikap tersebut jika tidak mahu disumpah seranah.

Nak tulis artikel ini pun emosi dah meluap-luap. Harap maaf jika ada perkataan dalam artikel ini menyinggung perasaan ye! Kalau tak luahkan secara begini macam mana nak bagi spesies macam tu ‘reti bahasa’ kan! Jom kita tengok apakah spesies spesies tersebut.

1. Tak suka bagi signal
Yang ini memang ‘legend’ dan perkara yang paling dibenci oleh pengguna jalan raya. Apa susah sangat ke nak bagi signal? Tuil signal tu seberat 5 tan ke? Bukannya kena bayar bil elektrik bulan bulan kalau bagi signal. Cuba bayangkan anda kat simpang dah menunggu lama nak keluar, tiba tiba nampak kenderaan menghampiri. Tunggu punya tunggu bila dah nak dekat je tiba tiba dia masuk simpang camtu je. Tak ke bengang kita, masa tu memang terkeluar makian secara spontan kan?

2. Guna laluan kecemasan
Sakit hati dan geram je dengan orang orang macam ni. Dia ingat laluan kecemasan tu jalan pintas untuk potong barisan ke? Lahabau betul perangai! Laluan tu untuk kegunaan ambulans, polis atau bomba sekiranya berlaku kemalangan. Tak fikir ke nyawa orang lain bakal terancam nanti bila bantuan lewat sampai? Memang padan la kalau gambar kereta ditularkan ke laman sosial dan disaman oleh trafik.

3. Parkir sesuka hati di petak OKU
Ini satu lagi spesies ‘bingai’. Petak tu dikhaskan untuk OKU atau Orang Kurang Upaya. Tujuan dia nak mudahkan golongan ini untuk parkir kenderaan mereka. Kalau bukan dalam kategori tu bersepah lagi petak parkir lain, takkan tu pun nak diajar? Ke minda mereka ni dah kurang upaya untuk berfikir lagi? Jangan menyusahkan orang, faham!

4. Buang sampah sesuka hati di atas jalan raya
Tak tau lah nak kata apa kat spesies yang macam ni. Kalau orang Pahang kata ‘habat nak mampus’ atau maksudnya pengotor giler. Mereka ingat jalan raya ni tong sampah awam ke? Cuba la senonoh sikit. Bayangkan orang buang sampah ke dalam pagar rumah orang yang macam ni, dia marah ke tak? Kalau tak marah mungkin la mereka ni sama geng dengan “Cookie Monster” yang duduk dalam tong sampah.

5. Parkir berlapis (double park) dan tak turunkan brek tangan atau tinggalkan nombor telefon
Spesies ini memang kerap ditemui di kawasan yang menjadi tumpuan orang awam seperti di bank, kedai makan dan tempat ibadat. Dah tau datang lambat atau tak jumpa parkir, jangan la main parkir je sesuka hati sampai menghalang laluan. Yang buat lagi ‘hangin’ kalau dia buat bodoh je tinggal kereta dan tak turunkan brek tangan atau tinggal nombor telefon. Lama pulak tu terpaksa menunggu sampai orang lain rasa panas hati. Kalau kena pihak berkuasa tempatan datang tunda kereta tu padanlah dengan mukanya.

6. Cucuk angin
Ini spesies yang rasa dia pelumba F1 negara. Tak kira tempat kaki mereka ni asyik nak menekan rapat pedal minyak je. Kalau setakat pakai kereta ‘Jepun celup’ ekzos senget tak payah la ada hati nak cucuk angin Audi, malu kat orang je. Kereta sekufu dengannya boleh la dibuli sakan. Kami harap spesies macam ni hentikan la perbuatan tersebut jangan sampai anak cucu mereka tahu kebodohan mereka.

7. Suka bagi lampu tinggi (high beam)
Spesies ini sama je dengan yang kat atas tu. Biasanya mereka ni buat perkara yang sama serentak. Ingat kereta mereka je lah yang terpantas di dunia. Suka hati je nak suluh orang pakai lampu tinggi untuk bagi mereka memintas. Ingat jalan raya tu dia seorang sahaja ke yang bayar cukai jalan? Bagi lah sikit masa kat kereta di depan untuk beri laluan.

8. Pandu perlahan di lorong kanan
Kalau dah tahu memang memandu macam siput khinzir, cuba la duduk di lorong kiri sebab orang yang macam ni akan buat orang lain marah. Bukan semua perangai macam spesies nombor 6 dan 7 tu. Ada yang berhemah dan ikut had laju tapi bila ada yang lagi lembab di depan takde siapa yang tak marah! Jangan sampai orang lain naik jari tengah!

9. Mencilok sesuka hati
Yang ini kami kategorikan sebagai ‘kera kena belacan’ sebab tak reti duduk diam. Pantang ada kereta perlahan sikit dan ruang pasti akan diciloknya secara berbahaya. Dah la masuk macam tu je buat orang lain brek mengejut. Lepas tu mula la buat zig-zag potong sana potong sini, kesudahannya tersangkut juga kat lampu isyarat. Tak ke bodoh namanya tu kan?

10. Terlalu santai semasa lampu isyarat hijau
Kami tak pasti spesies ini nak mencari rumah sewa ke apa bila lampu isyarat dah hijau. Lembab nak mampus! Entah apa yang difikirkan mereka ni seolah-olah membawa kereta di bawah pengaruh pil khayal. Kalau duduk di belakang kenderaan macam ni memang rasa hilang segala tahap kesabaran. Dah la leweh (lembab) buat bodoh pulak tu. Paling tak boleh diterima kalau kebetulan ngam ngam je dia lepas tapi kita terpaksa menunggu lampu hijau sekali lagi. Memang ‘hanat’ sungguh la kan!

Kalau ikutkan banyak lagi spesies sebenarnya. Cukuplah 10 sahaja yang kami bongkarkan kali ini dan kami yakin ada yang tersentap juga tu. Tak sanggup dah nak menaip sebab rasa macam nak marah pun ada. Kalau rasa artikel ini bermanfaat kongsikan dengan rakan rakan ye! Biar sampai ‘tular’ tau!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • Yg bab indicator light tu kalau proton mmg rosak.signal lekat.jadi mgkn pengguna kereta proton yg slalu x bg signal nie…mgkn ada golongan ke 11..pemilik kete yg slalu kete rosak atau terbakar terus atas jalan raya..slalunya enjin campro la yg suke terbakar nie…mengakibatkan jem berkm…


      • apa fitnahnya? ce check satria neo club…kete aku pun jadi mangsa indicator lekat nie……no 2, keter terbakar – mmg slalu kereta enjin campro terbakar…depan mata ada 3 – satu Tech Park, satu Port Klang and satu LPT….tu yang depan mata..ce google proton terbakar…accident je terbakar..x accident pun bleh terbakar….jadi tiada fitnah disini…terima kasih


    • Kebiasaannya yang komen macam ni selalu buat apa yang dikatakan. Adakah anda spesies yang kian pupus? Takpa, biar saya buat report ke UN. Mungkin anda akan dilindungi selepas ni.


  • paling aku benci yg merokok.. kenapa tak tutup jer tingkap tu rugi asap rokok keluar kereta.. leh hirup balik dalam kereta tak membazir… ni aku yg naik moto ni dah lah kene bau asap kereta.. asap rokok… lepas tu habuk rokok.. tak cukup lagi… pagi tadi slumber buang pontong rokok keluar kereta.. terpaksa aku ngelak… bodoh tak boleh diajar.. simpan sikit bodoh tu tuk anak cucu.,. harap terasa yg merokok


  • Parking masuk lot sebelah pun spesis haram jadah. Satu lagi parking rapat2 lepas tu bukak pintu sesuka hati hempuk kereta sebelah. Ni pun sama.

Leave a Reply