ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan smart #3 kini dibuka – Tiga varian, jarak pandu sehingga 455km

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang, smart Malaysia secara rasminya membuka tempahan model terbaharu mereka, SUV Coupe smart #3.

Malaysia muncul sebagai negara ASEAN pertama yang membuka tempahan pelanggan untuk model smart #3. Model ini telah berjaya memenangi kedua-dua Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, sebagai persediaan untuk penghantaran bagi suku ketiga tahun ini, 13 pengedar rasmi smart telah bersedia sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tawaran terhad ini hanya untuk 333 pelanggan pertama sahaja, dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula. Tempahan boleh dibuat di pengedar rasmi smart yang berhampiran atau melalui Aplikasi Hello smart.

Untuk pasaran Malaysia, tiga varian ditawarkan, iaitu BRABUS, Premium, dan Pro. Varian BRABUS dan Premium menawarkan pengecas AC 22kWj dengan keupayaan untuk mengecas bateri dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam tempoh kurang dari 3 jam.

Selain itu, smart #3 juga menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan 23 penderia berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS demi memastikan keselamatan pemandu di jalan raya.

smart #3 Premium menampilkan Panoramic Halo Roof, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif, jeriji hadapan bercahaya, dan bateri NCM 66kWj.

Ia dilengkapi dengan motor berkuasa 200kW dan 343Nm daya kilas yang dipacu oleh roda belakang kenderaan. Jarak pemanduannya pula sehingga 455km (WLTP).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Varian smart #3 BRABUS mampu mencapai masa pecutan 0-100km/j dengan Mod Rocket Launch dalam masa 3.7 saat.

Ia dilengkapi dwi-motor elektrik menerusi pacuan empat roda (AWD) dengan output 315kW dan 543Nm daya kilas. Dari segi jarak pemanduan, ia memberikan jarak WLTP sehingga 415km.

Pada masa yang sama, smart Malaysia memperkenalkan struktur harga baharu mampu milik untuk model smart #1 Premium dan Pro. Penyesuaian strategik ini adalah selari dengan harga smart Global.

Bukan itu sahaja, smart Malaysia turut menawarkan pakej servis kenderaan 4 tahun secara percuma kepada pemilik sedia ada smart #1 Premium dan Pro.

Berikut adalah harga baharu OTR (tanpa insurans) untuk smart #1 Premium dan Pro (termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan):

  • smart #1 Premium – RM209,000
  • smart #1 Pro – RM169,000

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply