ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua pamer prototaip EV pertamanya, ‘Myvi Conversion’ di Malaysia Autoshow 2024

Berita Tempatan

Views

Perodua mempamerkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, dikenali sebagai Myvi Conversionyang akan menjadi asas kepada pembuat kereta kompak itu dalam membangunkan teknologi elektriknya.

Prototaip EV berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa (power bench), rangkaian penggerak kuasa (power converter) dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia, manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kerjasama ini bertujuan untuk memahami sepenuhnya teknologi yang digunakan. Ia telah pun bermula sejak September 2022, dan menyaksikan Perodua bersama ketiga-tiga universiti terbabit bekerjasama untuk membangunkan rangkaian penggerak kuasa EV dari peringkat asas.

Kerjasama berkenaan membuka peluang kepada semua pihak untuk meningkatkan kepakaran dan kemampuan masing-masing dalam bidang EV.

“Ini adalah permulaan bagi kami dan kami mahu menjadikan permulaan ini dekat dengan hati rakyat Malaysia,” kata Datuk Sri Zainal.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, Perodua memilih Myvi sebagai model pilihan bagi projek ini kerana ia adalah model kereta yang telah memenangi hati kebanyakan rakyat Malaysia.

Walaupun rupa sebenar EV tersebut berbeza daripada apa yang dipamerkan di sini, tetapi yakinlah bahawa kereta elektrik Perodua bakal membuat kemunculan dalam pasaran.

Perodua mengajak orang ramai untuk singgah ke ruang pamerannya di Malaysia Auto Show 2024 untuk melihat sendiri Myvi Conversion, di samping menyertai pelbagai kempen menarik yang disediakan.

Tambah beliau lagi, Perodua juga mengalu-alukan kedatangan pelanggan untuk berinteraksi dengan kakitangan mereka di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Perodua seperti Standard Outlet Baharu yang dilaksanakan bertujuan memberikan pengalaman yang lancar kepada pelanggan di pusat 3S Perodua.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply