ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

Views

Bermula hari ini, Perodua membuka tempahan untuk Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) tujuh tempat duduk terbaharunya, Aruz secara rasmi. Harga tentatif Perodua Aruz untuk Semenanjung Malaysia akan bermula dari RM72,200.00 hingga RM77,200.00 dan akan ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Aruz 1500 X (Auto) (W5XZ) dan Aruz 1500 AV (Auto) (W5VZ). Perodua Aruz akan ditawarkan dalam lima pilihan warna, Amazon Green, Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Aruz adalah model transformasi keempat Perodua yang menetapkan piawaian baharu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan. Aruz dijangka melengkapkan barisan produk yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, Perodua mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019.

Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz:

  • Mempunyai saudara kembar yang hampir seiras iaitu Toyota Rush dan Daihatsu Terios (di Indonesia).
  • Direka mengikut citarasa rakyat Malaysia dengan reka bentuk yang sporty.
  • Bakal bersaing dengan Honda BR-VHonda HR-V dan Toyota Avanza.
  • Dijana oleh enjin Dwi-VVTi 1.5 liter yang diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan purata 15.6 km untuk setiap liter petrol yang telah disahkan oleh ECE.
  • Enjin ini mampu menjana 75kW pada 6,000 rpm dan 133Nm tork pada 4,200 rpm dan digandingkan dengan kotak gear 4-kelajuan automatik. Enjin ini juga turut dilengkapi dengan sistem henti-lahu (eco-idle).
  • Dari segi gaya penampilan, ia dilengkapi dengan lampu depan LED dengan fungsi Follow-Me-Home (dengan lampu automatik untuk varian AV sahaja), rim aloi dwi tona bersaiz 17-inci dan rel bumbung (untuk varian AV sahaja).

JOM BACA >> Harga tentatif Perodua Aruz bermula dari RM72,200 hingga RM77,200 – Adakah ia bakal ‘laku keras’?

  • Dari segi gaya keselesaan, Aruz dilengkapi dengan tempat duduk separa bucket (balutan fabrik untuk varian X dan kulit untuk varian AV), corong pendingin hawa belakang, stereng boleh laras dengan kawalan audio (balutan kulit dan kawalan terima panggilan untuk varian AV).
  • Dari segi gaya kemudahan, SUV ini dilengkapi dengan ciri kemasukan pintar bersama butang tekan mula/henti enjin, alat pembaca kad tol terbina dalam, perakam video pemanduan bersepadu (DVR) (untuk varian AV sahaja), port pengecasan di setiap baris, manakala untuk varian AV turut ditambah dengan port HDMI, Smart Link, Bluetooth, navigasi serta kamera undur.
  • Dari segi gaya keselamatan, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih seperti Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) versi 2.0 (untuk varian AV sahaja) yang kini dilengkapi ciri Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Pra-Pelanggaran, sistem Brek Pra-Pelanggaran, Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan, Kawalan Kesilapan Menekan Pedal dan enam beg udara sekaligus melayakkannya untuk menerima penarafan 5-Bintang dari ASEAN NCAP.
  • Perodua Aruz turut ditawarkan dengan waranti selama 5-tahun atau 150,000km (yang mana terdahulu).

Untuk maklumat lanjut mengenai harga tentatif Perodua Aruz, ketik sahaja pautan ini.

JOM BACA >> Perodua Aruz – Tempahan mula dibuka esok?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Sudah ada yang buat perkiraan perbandingan dengan BRV dari segi bayaran bulanan. Umum mengetahui yang interest rate Honda jauh lebih rendah daripada Perodua dan Proton. berdasarkan sifier tersebut dapatan adalah:-

    Harga Aruz AV – RM77,200
    Harga BRV Low Spec – RM81,000
    Beza harga RM4,000.
    Untuk Januari 2019 BRV ada offer RM5,000 off.
    Jadi Harga BRV kini adalah RM81,000 – RM5,000 = RM76,000

    Untuk komitmen 9 tahun Aruz, (10% muka) sebulan = RM822
    Untuk komitmen 9 tahun BRV (10% muka) sebulan = RM810

    Apa? Buat pertama kalinya Honda lagi murah lagi Perodua??

Leave a Reply