ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 ‘terlajak laris’ – Terima tempahan 200-300 sehari

Views

Peminat Proton sudah pasti gembira mendengar berita ini! Berita Harian melaporkan Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama keluaran syarikat kereta nasional pertama itu dengan kerjasama Zhejiang Geely Holding Group dari China, menerima 200 hingga 300 tempahan sehari sejak ia dilancarkan secara rasmi dua minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Datuk Abdul Rashid Musa, berkata lebih 60 peratus tempahan adalah untuk varian premium yang sekaligus menunjukkan pembeli begitu tertarik dengan ciri-cirinya dan spesifikasinya yang sangat berbaloi. Pada majlis makan malam media, kelmarin beliau berkata sokongan yang kukuh itu berterusan dan ini adalah maklum balas terbaik diterima oleh Proton.

Hingga setakat ini Proton telah mencatatkan lebih 15,000 tempahan sejak dari kempen prapelancaran untuk model SUV tersebut. Model X70 dibangunkan dari pelantar model Geely Boyue dan untuk fasa pertama ia dipasang dan diimport sepenuhnya dari China sebagai unit siap bina (CBU) ke Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 dan Persona facelift semasa cuti Krismas?

Proton dan Geely kini sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan versi pemasangan tempatan (CKD) di kilang baharunya di Tanjung Malim dan telah melaburkan sebanyak RM1.2 bilion untuk tujuan tersebut. Kilang tersebut nanti bakal menjadi hab kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk pasaran serantau.

Abdul Rashid berkata, sementara menanti kilang di Tanjung Malim siap dinaik taraf untuk pengeluaran SUV berkenaan, Proton boleh menjual seberapa banyak unit CBU X70 melalui permit import dan dijangka pengeluaran secara CKD bakal bermula pada bulan Oktober 2019. Proton menawarkan pembeli X70 pakej tambah nilai khas termasuk alat ganti dan kos buruh percuma untuk servis pertama selain kos buruh percuma untuk lima servis berjadual bagi 100,000 kilometer atau lima tahun.

Ia turut menawarkan kadar faedah rendah bermula 2.34 peratus setahun untuk pembeli yang layak, jaminan perbatuan tidak terhad sehingga lima tahun dan data internet satu gigabait sebulan untuk lima tahun. Tempoh menunggu untuk mereka yang baharu sahaja membuat tempahan dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga bulan dari tarikh tempahan, bergantung kepada varian dan warna.

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply