ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Adakah ini Perodua Alza facelift 2018?

Views

Pagi ini tersebar di aplikasi Whatsapp dan laman Facebook Autostylista, dua keping foto yang berkemungkinan Perodua Alza versi facelift 2018. Baru-baru ini pengarah urusan Perodua Sales, Datuk Dr Zahari Husin pada sidang media selepas mengumumkan prestasi jualan separuh pertama 2018 berkata, Perodua akan memperkenalkan versi baharu Alza yang dipertingkatkan dalam masa terdekat, namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Kami menjangkakan Alza facelift akan diperkenalkan seawal bulan September ini. Ini merupakan kali kedua model Alza dipertingkatkan selepas kali pertama pada bulan Januari 2014. Jika diperhatikan pada foto yang tersebar, Perodua telah melakukan perubahan kosmetik di bahagian bampar depan dan belakang serta beberapa kemasan luaran termasuk jeriji rekaan baharu, skirt sisi dan juga tambahan jalur krom di antara lampu belakang.

JOM BACA >> INTIP : VISI 2020 – Adakah SUV Misteri Ini Model Pertama Kereta Nasional Ketiga?

Bampar depan Alza kali ini nampak lebih sporty dan ada sedikit unsur rekaan pada model Myvi baharu terutama di bahagian corong udara di bahagian bawah. Lampu kabus nampak diletakkan lebih tinggi, mungkin disebabkan rekaan sisi bampar yang tirus ke atas. Jeriji utamanya kali ini menampilkan sayap krom berkembar yang memegang logo Perodua. Sekilas pandang, rekabentuk bampar hadapan Alza facelift mempunyai iras Toyota Sienta.

Di bahagian belakang pula, bamparnya kini nampak lebih kemas dan ringkas. Pelapik hitam di bawah cermin di antara lampu belakang kini ditambah dengan satu jalur krom yang nipis. Rim aloi berjejarinya juga telah diberikan rekabentuk baharu dengan kemasan berwarna gelap. Kami tidak pasti sama ada model ini akan mendapat penjana kuasa baharu yang kini digunakan oleh model Myvi generasi ketiga dan apakan perubahan yang dibuat di bahagian dalamannya.

Kami akan cuba mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa. Apapun, kita nantikan kemunculannya nanti!

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu? 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply