UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mengumumkan penglibatannya secara terus ke dunia sukan Esports, sekaligus menjadikannya syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang membabitkan diri dalam sukan tersebut. Langkah pertama penglibatan Toyota adalah dengan penganjuran Kejohanan Toyota Velocity Esports, satu acara perlumbaan peringkat kebangsaan yang terbesar di Malaysia. Ia dijadualkan akan berlangsung di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 21 hingga 23 September ini.
Mereka yang berminat untuk menjadi pemandu simulator perlumbaan terhebat dan terpantas di Malaysia, boleh menyertai pertandingan ini tanpa sebarang bayaran. Walau bagaimanapun, penyertaan hanya dihadkan kepada hanya 400 orang peserta warganegara Malaysia atau mempunyai status residen yang sah sahaja.
JOM BACA >> Adakah Ini Perodua Alza Facelift 2018?
Permainan?
Gran Turismo Sport yang menggembirakan (Mencabar/Mengujakan)
Litar lumba?
Litar lagenda, Suzuka Japan GT.
Kereta?
Toyota Supra GR Konsep Perlumbaan yang cukup pantas!
Hadiah?
RM60,000 keseluruhan
(Hadiah Utama = RM20,000, Ke-2 = RM10,000 dan Ke-3 = RM5,000).
Di kejohanan tersebut, terdapat juga “Exhibition Race“ yang bakal disertai oleh selebriti-selebriti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR). Encik Ravindran K., Presiden UMWT berkata di Toyota, perkembangan serta minat generasi muda masa kini sentiasa berada difikiran. Esports kini berada di lingkungan teratas di antara sukan-sukan yang berpotensi untuk menjadi salah satu daripada lima sukan paling popular dunia.
Maklumat yang lebih terperinci tentang prosedur pendaftaran, program dan acara-acara menarik akan diumumkan tidak lama lagi. Log masuk ke www.toyota.com.my untuk mengetahui lebih lanjut.
“Game-On dengan Toyota!”
JOM BACA >> INTIP : VISI 2020 – Adakah SUV Misteri Ini Model Pertama Kereta Nasional Ketiga?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI