ARKIB

KATEGORI

Buletin

Allianz General gerakkan pasukan tuntutan ke Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Berita Tempatan

Views

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah menggerakkan pasukan tuntutannya bagi membantu menyelesaikan tuntutan banjir dengan pantas di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia ketika ini sedang berwaspada berikutan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, dengan hujan lebat dijangka berlanjutan sehingga beberapa hari lagi.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Dengan 4×4 Allianz General dan pasukan penyelaras tuntutan bersiap sedia, pelanggan hanya perlu hubungi 1-800-22-5542 bagi membuat permintaan tuntutan. Allianz General akan menugaskan seorang penyelaras untuk membantu pelanggan dengan tuntutannya secepat mungkin.

Menurut Ketua Tuntutan Allianz General, Damian Williams, inisiatif tuntutan banjir mereka sentiasa mengutamakan para pelanggan. Pihaknya tahu kesukaran yang dihadapi mangsa banjir, oleh itu, mereka menawarkan sokongan penuh dan bayaran tuntutan segera supaya mangsa banjir boleh meneruskan hidup.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Untuk pemegang polisi individu (seperti Smart Home Cover) Allianz General menyediakan penyelesaian tuntutan penuh atau bayaran interim dalam masa lima hari selepas lawatan oleh penyelaras.

Pelanggan dengan insurans kebakaran (produk komersial) akan menerima bayaran interim dalam masa lima hari selepas dilawati oleh penyelaras, dengan penyelesaian tuntutan penuh dibayar antara 21 dan 28 hari selepas lawatan oleh penyelaras.

Walau bagaimanapun, jika untuk apa sebab sekalipun pihak Allianz General tidak dapat membayar tuntutan sebelum hari ke-28, bayaran interim kedua akan dibuat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply