ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Tular

Views

Semalam tular satu rakaman dari perakam video digital (dashcam) di media sosial yang memaparkan satu kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Wira yang dirempuh oleh sebuah Toyota Yaris yang terbabas dari arah bertentangan.

Kemalangan tersbut mengakibatkan bahagian hadapan Wira berwarna merah itu remuk teruk. Menurut portal TheVocket, salah seorang penumpang Wira tersebut adalah seorang wanita hamil.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Wanita tersebut telah bercerita mengenai insiden tersebut dan ketika kejadian, dia dan suaminya dalam perjalanan pulang dari Hospital Kuala Lumpur setelah selesai membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan yang sudah berusia 7 bulan.

Apabila tiba di satu selekoh, secara tiba-tiba sebuah Yaris berwana putih yang dipandu laju dari arah bertentangan masuk ke laluan mereka dan terus menghentam kereta dinaiki mereka berdua.

Akibat rempuhan kuat itu, suaminya yang memandu Wira mengalami luka di dahi dan berkemungkinan kakinya retak akibat tersepit, manakala dia (isteri) pula menerima dua jahitan di kepala.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambah wanita itu lagi, dia perlu membuat pemeriksaan semula dengan doktor pakar bagi memeriksa kandungan mereka kerana bimbang uri tercabut akibat hentaman kuat semasa rempuhan tersebut.

Dalam masa yang sama dia turut berharap agar para pengguna sentiasa berhati-hati di jalan raya, kerana malang tidak berbau. Katanya Wira yang dipandu suaminya dalam kelajuan rendah semasa insiden itu berlaku.

Kami berharap agar pasangan suami isteri ini cepat sembuh dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat. Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan. Berhati-hati di jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply