ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Info

Views

Ini satu informasi menarik yang dikongsikan oleh sahabat kami Dr Aid Fawzal di Middlesbrough, UK menerusi ciapan di laman Twitternya. Warganet bernama Chobee994, telah mengajukan persoalan seperti tajuk di atas kepadanya.

Kata Dr Aid Fawzal, untuk merungkai jawapannya, kita perlu memahami asas sistem penyaman udara kereta terlebih dulu. Maka dengan tu, kita akan tahu:

  • Dari mana datang kuasa penyejukkan itu?
  • Perbezaan dua jenis ‘kuat’ dalam penyaman udara.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jom kita lihat sistem penyaman udara kereta (rujuk grafik di atas). Sistemnya terdiri daripada dua bahagian, iaitu unit luaran (pemampat (compressor), pemeluwap (condenser), pengering (dryer)) dan unit dalaman (injap pengembangan (expansion valve), penyejat (evaporator) dan peniup (blower)).

Proses penyejukkannya adalah seperti berikut:

  • Gas penyejuk dalam sistem ini (R134a) akan ditingkatkan tekanannya oleh pemampat. Apabila tekanan naik, maka suhu pun akan naik.
  • Gas yang panas ni akan lalu pemeluwap di hadapan kereta untuk disejukkan.
  • Selepas itu ia melalui pengering bagi memastikannya kering.
  • Gas ini seterusnya dibawa ke ruang dalaman kereta. Gas yang bertekanan tinggi ini kemudiannya akan melalui injap pengembangan. Kejutan perubahan tekanan ini menyebabkan suhu R134a ini turun secara mendadak.
  • Akhir sekali, barulah peniup memainkan peranannya. Ia akan mengambil angin daripada luar dan meniupnya kepada penyejat.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Baiklah, sekarang, tiba masanya untuk merungkai persoalan tadi.

Dari mana datangnya kuasa penyejukkan itu?
Jawapannya: Kuasa utama datang daripada pusingan pemampat.

Apakah yang memusingkan pemampat?
Jawapannya: Enjin kereta melalui tali sawat.

Oleh itu, lebih sejuk ruang kabin, lebih banyak kuasa enjin yang akan digunakan.

Apakah perbezaan antara dua jenis istilah “kuat” dalam penyaman udara?

Yang pertama, kuat sebab nak lebih sejuk. Lebih sejuk, lagi banyak kuasa enjin akan digunakan. Lagi banyak kuasa enjin, lagi banyak ia membakar minyak. Yang kedua, kuat hawa dingin yang dihembus. Ini adalah tugas peniup dan ia menggunakan kuasa elektrik.

Bagi mereka yang belajar automotif, anda boleh teruskan pembacaan kepada topik:

  • Parasitic losses oleh pemampat, dan
  • Electrical loading oleh peniup.

Sekiranya ada masih belum jelas, kesimpulannya adalah seperti berikut:

Sebenarnya yang dilaras (dibuka) kuat atau perlahan itu adalah hembusan dari peniup, bukan pemampat. Jadi nilai untuk mendapatkan kesejukkan yang sama, memerlukan kuasa yang sama. Semoga info ini memberikan pencerahan kepada kita semua.

Terima kasih Dr Aid Fawzal!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply