ARKIB

KATEGORI

Info

Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Info

Views

Kami memperolehi beberapa info terkini berkaitan model LMPV Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022 yang bakal dilancarkan di Indonesia pada awal bulan November tahun ini. Menurut wartawan permotoran, Indra Fathan, kedua-dua model ini mempunyai reka bentuk sisi tiang-C yang diinspirasikan dari model Daihatsu DN Multisix.

Ia mempunyai rekaan ala bumbung terapung dengan lampu belakang berubah kepada posisi melintang, bukan lagi menegak seperti generasi sebelumnya. Penutup tangki minyaknya pula telah dialih ke sebelah kiri, tidak seperti model semasa di sebelah kanan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Model ini akan menggunakan kod awal W100/W101 manakala unit prototaip dan pra-pengeluarannya sudah dibawa ke Jepun untuk penilaian selanjutnya. Dari kod-kod ini, difahamkan model LMPV ini akan dijana oleh  enjin 1.5 liter 2NR-VE Dual VVT-i yang digandingkan bersama pilihan transmisi CVT atau lima-kelajuan manual.

Enjin ini merupakan unit yang sama digunakan pada Perodua Myvi atau Daihatsu Sirion di Indonesia. Model yang dibangunkan dari pelantar DNGA ini akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik, seperti enam beg udara dan brek kecemasan autonomi yang merupakan sebahagian daripada ciri Toyota Safety Sense (TSS).

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dari segi penampilan, reka bentuk hadapan Avanza 2021 dikatakan mirip dengan model SUV kompak, Raize dan rekaan keseluruhannya pula menggabungkan model semasa Avanza, Rush dan juga Raize. Mungkin imbasan dan gambaran artis di ruangan galeri di bawah boleh memberi bayangan awal model ini.

Tambah menarik, pada ketika ini sudah ada tiga hingga lima unit versi pra-pengeluaran yang telah disiapkan. Kami difahamkan Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022 merupakan model asas kepada pengganti Perodua Alza (namakod D27A) yang bakal dilancarkan tahun hadapan.

Model pengganti Alza dijangka ditawarkan dalam tiga pilihan varian dan Perodua akan turut memasang satu varian Avanza 2022 di kilang yang sama. Kami menjangkakan Alza dan Avanza generasi baharu ini bakal diperkenalkan pada suku pertama 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran Alza (D27A) versi Theophilus Chin

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply