ARKIB

KATEGORI

Buletin

Allianz Road Rangers diperluas ke negeri Pahang

Views

Allianz Malaysia telah meluaskan perkhidmatan Allianz Road Rangers ke negeri Pahang sejak bulan Januari tahun ini. Perkhidmatan tersebut yang telah dilancarkan di Lembah Klang pada Januari 2017, adalah bantuan kemalangan motor di seluruh negara, yang disediakan secara percuma kepada semua pemegang polisi Motor Komprehensif di seluruh negara.

Jayapragash Amblavanar, Ketua Bahagian Tuntutan, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad semasa berucap pada sebuah majlis Allianz Road Rangers di Semantan Walk, Temerloh, Pahang berkata, Allianz Road Rangers mula diperkenalkan buat pertama kali pada 2017 dan sebagai penanggung insurans, ia adalah tugas syarikat untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara dikala susah dan senang

Allianz Road Rangers mampu menawarkan kepada para pelanggan-pelanggan sebuah perkhidmatan yang sangat ketara dari segi kualiti dan erti walau dimana anda berada dan menyediakan pengalaman tuntutan yang ideal dalam dunia yang serba mencabar. Perkhidmatan ini juga percuma dan termasuk dalam polisi-polisi Komprehensif Motor Allianz.

Anda hanya perlu hubungi 1800-22-5542, jika berlaku sebarang kemalangan. Selepas Kota Bharu, Seremban, Johor Bahru dan Temerloh, Allianz Road Rangers akan mengadakan lawatan ke Kuala Terengganu (11 Ogos), Kuantan (19 Ogos), Kota Kinabalu (8 September), Langkawi (5 Oktober) dan Pulau Pinang (18 Oktober).

Tujuh kemudahan Allianz Road Rangers adalah:

Pusat Panggilan Kemalangan 24-jam
Kesemua panggilan kemalangan jalan raya akan ke Pusat Panggilan Kecemasan.

Allianz Road Rangers: Pasukan Bermotosikal
Unit Respons Pertama akan ke tempat kejadian apabila panggilan diterima. Pasukan Bermotosikal ini akan menyediakan bantuan pertolongan cemas (jika diperlukan) dan akan menemani pelanggan sehingga trak tunda tiba.

JOM BACA >> TIPS : Cara Nak Elakkan ‘Mabuk Kereta’

Allianz Road Rangers: Trak tunda
Armada yang terdiri daripada trak tunda berjenama Allianz masing-masing dilengkapi dengan Sistem Kedudukan Global (GPS); roda dolly; penggalak jumper; dan pam udara. Pengendali trak tunda akan bertanggungjawab untuk menunda kenderaan pelanggan ke balai polis (untuk membuat laporan polis) dan kemudian Bengkel Panel Allianz yang diberikuasa atau ke bengkel francais atas permintaan.

Bantuan Tuntutan di balai polis
Para pelanggan juga akan diberi bantuan apabila ingin membuat laporan polis dan diberi penjelasan proses tuntutan dengan lebih lanjut.

Servis pengangkutan
Kod perkongsian akan disediakan kepada penumpang untuk dibawa dari tapak kemalangan atau balai polis.

Tuntutan Motor ODX Allianz
Tuntutan Kerosakan Sendiri (OD) yang layak akan dinilai dan diberi kos pembaikan kenderaan melalui proses terus- tanpa melalui campur tangan manusia mana-mana antara 10 minit hingga sejam.

Penghantaran kenderaan
Pelanggan dapat memilih sama ada inginkan kenderaan mereka yang dibaiki dihantar ke rumah, pejabat atau lokasi pilihan yang lain (dalam jarak tertentu) dan tidak perlu mengambilnya dari bengkel.

Transformasi tuntutan motor Allianz telah bermula sejak bulan September tahun 2015 dengan pelancaran Tuntutan Motor ODX Allianz dan berakhir dengan pelancaran Allianz Road Rangers. Tuntutan Motor ODX telah diperkenalkan untuk memperbaiki proses tuntutan Allianz Malaysia.

Kini dengan Tuntutan Motor ODX Allianz, tuntutan Kerosakan Sendiri (OD) yang layak akan melalui satu siri peraturan bersepadu pada sistem membolehkan tuntutan yang sebelum ini mengambil masa kira-kira tiga hingga lima hari untuk diluluskan kini boleh disiapkan antara 10 minit hingga satu jam. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan Allianz Road Rangers, layari allianz.com.my.

JOM BACA >> TIPS : 5 Benda Yang Boleh Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!<

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply