ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Fakta ringkas : Pelantar modular BMA Geely untuk kereta kompak

Views

Geely Auto baru-baru ini telah memperkenalkan pelantar modular baharunya khusus untuk kereta kompak segmen-B yang dikenali sebagai BMA. Ia merupakan pelantar modular terkini yang dibangunkan oleh syarikat tersebut secara usahasama dengan Volvo selepas CMA (Compact Modular Architecture). Pelantar modular segmen-B ini masih mengekalkan fleksibiliti dan boleh skala yang ada pada CMA.

Fakta ringas mengenai pelantar modular BMA Geely:

  • Empat tahun diperlukan untuk membangunkan pelantar BMA.
  • Hampir 100 pakar pelantar modular dari 20 buah negara menggembleng tenaga dan berkampung di pusat penyelidikan dan pembangunan Geely di Hangzhou Bay.
  • Pelantar BMA boleh dipelbagaikan dengan pilihan penjana kuasa, elektrikal, casis dan modul tanpa had, ibarat membina blok untuk menghasilkan pelbagai jenis kenderaan.
  • Antara muka antara setiap modul distandardkan bagi membolehkan pengeluar mengikut garis panduan seni binanya untuk menghasilkan apa jua jenis kenderaan yang sesuai dari sedan hingga ke crossover ke MPV ke SUV.
  • Tempoh untuk membangunkan kenderaan baharu boleh disingkatkan kepada 18-24 bulan berbanding tempoh biasa 36 bulan.
  • Fleksibiliti tinggi pelantar BMA boleh digunakan untuk membina pelbagai saiz dan jenis kenderaan bermula dari A0 ke A+ dan dari SUV, sedan, crossover, wagons, ke MPV.
  • Pelantar ini boleh digunakan untuk membangunkan kereta dengan jarak roda bermula dari 2550mm hingga ke 2700mm dan dengan jarak antara roda bermula dari 1500-1600mm.
  • Panjang dan lebarnya boleh diubah mengikut kesesuaian pasukan rekabentuk dan kejuruteraan.
  • Pelantar ini boleh skala dan membolehkannya menerima pelbagai jenis penjana kuasa seperti enjin Geely 1.0TD, 1.4T, 1.5TD, selain pilihan penjana kuasa dengan sistem hibrid seperti PHEV, HEV, atau MHEV.

JOM BACA >> TIPS : Cara Nak Elakkan ‘Mabuk Kereta’

  • BMA dibangunkan dengan memberi keutamaan tinggi kepada penumpang dan pejalan kaki dan ia dibina daripada komposisi 70 peratus keluli kekuatan tinggi dan 20 peratus keluli tempa panas.
  • Ia direka untuk melepasi piawaian keselamatan Eropah 5-bintang dengan ciri-ciri keselamatan aktif terbaik dalam kelasnya dan ia bersedia untuk menampung pemanduan berautonomi tahap 2 dan tahap 3 pada masa depan.
  • Penjana kuasa, sistem gantungan, posisi tempat duduk, ergonomik dan reka letak komponen telah dioptimakan untuk memaksimumkan keluasan ruang dalaman.
  • Penggunaan pelantar BMA membolehkan pengeluar mencapai skala ekonomi kerana semua kenderaan yang dibangunkan dari pelantar tersebut akan mempunyai tahap perkongsian komponen hampir 70 peratus, mengurangkan masa untuk menguji komponen serta mengurangkan kos.
  • BMA bakal memberikan pengguna lebih ruang, kuasa lebih baik, tahap keselamatan lebih baik dan hubungan lebih pantas.
  • Ia bakal menjadi teras kepada Geely untuk mencapai “strategi 2020” – menghasilkan jualan tahunan dua juta unit kenderaan menjelang 2020.

Dua model terawal yang dibangunkan daripada pelantar ini adalah crossover SX11 dan model sedan Bin Rui/Emgrand SL yang dijangka diperkenalkan secara rasmi pada suku ketiga dan keempat tahun ini. Kami menjangkakan pelantar BMA ini bakal dimanfaatkan oleh Proton untuk membangunkan model generasi baharu Saga, Persona, Iriz serta SUV dan MPV kompak pada masa depan. Menurut risikan kami, ada ura-ura mengatakan model pengganti Saga akan tiba pada dalam masa dua atau tiga tahun dari sekarang.

JOM BACA >> TIPS : 5 Benda Yang Boleh Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!<

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply