ARKIB

KATEGORI

Buletin

Angka-Tan Motor lancar siri ‘Prime Mover’ Foton Auman EST serba baharu

Views

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) anak syarikat Warisan TC Holdings dan ahli Tan Chong Group baru-baru telah ini melancarkan trak prime mover komersial tugas berat serba baharu – siri Foton Auman EST (Energy Super Truck). Trak ini dikeluarkan oleh Foton Daimler Automotive Co. Ltd yang berpangkalan di Beijing, China. Siri trak Auman EST serba baharu dibina hasil kombinasi teknologi-teknologi yang terkenal di seluruh dunia serta terbaik di dalam kelasnya dari Amerika Syarikat (AS), Jerman dan China.

Ia dikuasakan oleh enjin 12-liter Cummins ISG yang bersih, efisien dan boleh dipercayai dari Cummins Inc., AS, transmisi TraXon yang terkini dan inovatif dari ZF Herman, serta aplikasi teknologi Eropah oleh Beijing Foton Daimler Automotive ke dalam gaya baru badannya. Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng berkata, Foton Auman EST ialah sebuah prime mover tugas berat yang padat dengan teknologi dan syarikat yakin ia dapat menawarkan nilai dan kelebihan luar biasa kepada syarikat logistik serta pengangkutan di Malaysia.

Auman EST dihasilkan di kilang digital paradigmatik global yang dilengkapi sistem pengurusan TOS+ (Truck Operating System), keupayaan dan teknologi pengilangan termaju. Trak ini telah menjalani rejim ujian yang ketat di atas jalan biasa dalam pelbagai kondisi, suhu serta altitud hingga ke hadnya. Ini bagi memastikan aspek kualiti, ketahanan dan prestasinya yang luar biasa.

Pengurus Besar, Foton Asia Pacific, Beijing Foton Daimler Automotive Co., Ltd, Dai Hongkai berkata, selaku pengeluar utama kenderaan komersial di China dan global, Foton terus melabur dalam bidang penyelidikan kejuruteraan, pembangunan dan mengaplikasikan teknologi terkini ke dalam trak Auman EST. Trak ini memiliki semua nilai utama Foton dan dijangka menjadi pengubah permainan dalam usaha syarikat untuk menjadi jenama China yang menawarkan standard global ke dalam penyelesaian trak.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Apa yang menarik mengenai Foton Auman EST serba baharu?

  • Auman EST serba baharu ialah sebuah trak yang pintar, jimat bahan api, selamat dan produktif.
  • Trak ini juga dipasang dengan teknologi binaan platform termaju dan modular yang menggabungkan semua komponen kompleks menerusi ECU (Unit Kawalan Elektronik).
  • Ciri I-Telligent System-Load Based Speed Control (LSBC) mengawal rev enjin berdasarkan kepada beban, kondisi jalan dan kelajuan kenderaan untuk menambah baik penggunaan bahan api. Ia juga membuatkan trak sangat stabil dan mudah dikendalikan di atas jalan yang tidak rata.
  • Dikuasakan oleh enjin Cummins ISG canggih dengan kuasa tork tinggi pada rev rendah dan julat RPM yang luas itu meningkatkan kecekapan transmisi dan penjimatan bahan api sebanyak 2 peratus.
  • Enjin Cummins yang ringan, kompak dan berkuasa ini digandingkan dengan kotak gear ZF 16 kelajuan aloi aluminium.
  • Tangki minyak dan material-material ringan yang lain menyumbang kepada penjimatan bahan api.
  • Badannya direka untuk mengoptimumkan aspek aerodinamik, mengurangkan seretan dan halangan olengan rendah untuk memaksimumkan penggunaan minyak.
  • Auman EST telah menjalani ujian pelanggaran yang ketat mengikut standard dan peraturan Eropah (UNECE R-29-03).
  • Antara ciri keselamatannya termasuklah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Acceleration Slip Regulation (ASR) berfungsi meminimumkan kemungkinan gelincir dengan pintar.
  • Teknologi tekanan brek enjin yang berkuasa (iBrake) dengan kuasa brek sehingga 370 kuasa kuda membolehkan ECU mengawal setiap sistem brek berdasarkan kepada kondisi operasi.
  • Kabin didatangkan dengan bampar yang besar dan padu, lampu nyalaan siang LED, lampu utama berpadatan tinggi dan plat sudut anti lumpur.
  • Auman EST serba baharu menawarkan susun atur dalaman yang ergonomik bersama kabin luas dan berbumbung tinggi untuk pergerakan serta pemanduan lebih selesa.
  • Antara ciri keselesaan dan keselamatan lain termasuklah stereng boleh laras, papan pemuka mesra pengguna yang lebih praktikal dan mudah digunakan, tempat duduk pemandu dengan suspensi udara untuk sokongan lumbar, cermin pandang belakang dan tingkap bumbung boleh laras secara elektrik serta katil berkembar yang luas.
  • Kabin trak dengan suspensi udara sepenuhnya itu mematuhi standard Eropah dari segi kualiti kedap bunyi bagi mengurangkan bunyi dalaman, sekali gus dapat menambah baik keselesaan dan fokus pemanduan.
  • Kabinnya boleh diangkat sehingga 70 darjah untuk memudahkan kerja penyelenggaraan.

Trak Auman EST kini boleh didapati dalam tiga model berbeza untuk pelanggan di Malaysia. Selain sokongan selepas jualan komprehensif melibatkan 18 pengedar servis, pelanggan Auman EST juga akan menikmati jaminan selama 4 tahun dengan perbatuan tanpa had – jaminan paling tinggi dalam pasaran trak tempatan. Sempena pelancaran ini, Angka-Tan Motor Sdn Bhd turut menawarkan harga istimewa untuk 30 unit terawal yang ditempah sebelum 31 Ogos 2018.

JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply