ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Malaysia pamer BMW i8 Coupé sempena “Born Electric: The BMW i Roadshow”.

Views

BMW Malaysia akan memperlihatkan keupayaannya untuk meneraju mobiliti elektro di seluruh negara melalui jerayawara “Born Electric: The BMW i Roadshow”. Sejak pengenalan subjenama BMW i pada tahun 2013, BMW Group telah menyerahkan lebih 100,000 unit kenderaan elektrik pada tahun lepas. BMW Group kini berada dalam landasan yang tepat untuk mencatat penyerahan 140,000 unit kenderaan lagi pada tahun ini.

Cita-cita ini juga disasarkan oleh BMW Malaysia melalui kenderaan mobiliti elektro yang merangkumi 55 peratus penyerahan unit kenderaan di dalam negara – lantas memacu inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, dan kesedaran terhadap teknologi yang bersih dan baharu demi industri automotif serta untuk mengubah infrastruktur bagi kenderaan premium di Malaysia.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata Mobiliti Bervisi serta teknologi terbaharu bagi industri automotif sudah bertapak di Malaysia dan kita telah berjaya membangunkan teknologi dan kebolehan tersebut untuk memberi sokongan kepada kenderaan-kenderaan yang giat mengekori perubahan yang sedang berlaku di dunia ini.

“Born Electric: BMW i Roadshow” ini akan mendemonstrasikan kemajuan kami dalam Mobiliti Masa Hadapan di Malaysia, serta akan mengambil peluang tersebut untuk memperkenalkan model-model baharu ke dalam portfolio kenderaan premium kami yang sedia ada.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Alami “Born Electric: The BMW i Roadshow” pada tarikh dan lokasi-lokasi yang berikut:

Lembah Klang
Bangsar Village II4 hingga 7 Oktober 2018
1Utama Shopping Centre17 hingga 21 Oktober 2018
Paradigm Mall30 November hingga 2 Disember 2018
Empire Shopping Gallery5 hingga 9 Disember 2018
 

Johor

Wetex Parade12 hingga 14 Oktober 2018
Komtar JBCC23 hingga 25 November 2018
Paradigm Mall JB14 hingga 16 Disember 2018
Kelantan
AEON Mall Kota Bharu26 hingga 28 Oktober 2018
 

Kedah

Aman Central Mall1 hingga 4 November 2018
 

Penang

Queensbay Mall15 hingga 18 November 2018

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.bmw.com.my.

JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply