ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Apabila Proton S70 dimodifikasikan guna Kecerdasan Buatan (AI), inilah hasilnya!

Impresi Artis

Views

Sementara menunggu pelancaran rasmi Proton S70 yang dijangka pada hujung bulan ini, penulis sengaja mencuba untuk memodifikasikan model sedan tersebut dengan menggunakan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI).

Meskipun hanya ‘main-main’ dan penulis juga tidak berapa mahir dalam menaip ‘prompt‘, namun hasilnya agak ‘mengujakan’ dan bolehlah dijadikan rujukan kepada bakal pemilik S70 kelak.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Agak mengejutkan, model sedan dengan rekaan ‘tiga-kotak’ tradisional ini lebih menyerlah dengan penggunaan warna-warna gelap, sebagai contoh hitam kusam (matte).

Apabila jeriji butiran motif songket ‘Infinite Weave‘ dan bingkai ‘Ethereal Bow‘nya digelapkan, ia telah menjadikan penampilan S70 lebih sporty.

Sebenarnya, modifikasi yang dibuat secara AI ini boleh direalisasikan kerana ia tidaklah sebegitu ‘ekstrem’ dan hanyalah penambahan kit badan, penukaran warna dan juga rim yang lebih sporty dengan angkup brek merah.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Lampu belakangnya juga nampak legih garang apabila digelapkan. Penulis juga cuba modifikasikan model S70 versi Hatchback yang dihasilkan oleh sahabat kami, Theophilus Chin@Theottle.

Ternyata, hasil karya pakar dalam manipulasi digital itu telah diolah dengan cukup baik oleh AI dan penulis yakin ramai yang berharap Proton akan memproduksikannya meskipun Geely tidak menghasilkan model tersebut.

Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply