ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton S70 sah dilancarkan pada 28 November, jam 4:30 petang!

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, detik yang kita semua nanti-nantikan akan tiba 7 hari lagi! Akaun rasmi Facebook Proton Cars menerusi hantaran terbaharunya beberapa jam yang lalu mengesahkan tarikh pelancaran rasmi model sedan S70 akan berlangsung pada hari Selasa, 28 November jam 4:30 petang!

Serentak dengan itu juga, Proton mula menyiarkan iklan acah pertama yang memaparkan pelantar B-Segment Modular Achitecture (BMA) dan memulakan kiraan detik (countdown) model sedan tersebut berkenaan di laman sesawang rasminya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Pendaftaran minat juga dibuka bagi mereka yang mahukan butiran lebih lanjut mengenai S70 menerusi laman mikronya menerusi PAUTAN INI. Seperti yang kita ketahui, S70 ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu:

  • 1.5T Executive
  • 1.5T Premium
  • 1.5T Flagship
  • 1.5T Flagship X

Tujuh pilihan warna yang ditawarkan mengikut varian pula adalah:

  • Marine Blue (Metalik) – 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X sahaja
  • Armour Silver (Metalik) – 1.5T Premium dan 1.5T Flagship sahaja
  • Quartz Black (Metalik) – 1.5T Flagship X sahaja
  • Space Grey (Metalik) – semua varian
  • Teal Bayou Green (Metalik) – warna baharu, 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X sahaja
  • Passion Red (Solid) – 1.5T Premium dan1.5T Flagship sahaja
  • Snow White (Solid) – semua varian

Untuk membangunkan S70, Proton telah menghabiskan 260,000 jam bekerja bagi melengkapkan proses kejuruteraan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Maka tidak hairanlah sebelum ini kita kerap menemui unit ujian berceloreng sedang diuji di jalan raya.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Model dengan namakod SS11 ini bukan sekadar ‘menukar lencana’ dan mengubah pemanduan dari sebelah kiri (LHD) ke sebelah kanan (RHD) semata-mata, kerana 453 komponen baharu telah dibangunkan semula termasuk 283 komponen yang dihasilkan oleh pembekal (vendor) tempatan.

Sebanyak 24 komponen dihasilkan sendiri secara dalaman oleh Proton, 145 komponen ‘tercurai’ (knocked down), manakala enjinnya (GEP3) turut dihasilkan sendiri di kilang enjin Proton Powertrain di Tanjung Malim.

Untuk versi tempatan, S70 dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi dwicekam 7-kelajuan (7DCT) yang menghasilkan 150 PS dan 226 Nm daya kilas. Selain itu, S70 turut diberikan tiga mod pemanduan, iaitu Eco, Sport dan Comfort.

Sekarang, tinggal harga rasmi sahaja yang akan menjadi penentu sama ada model sedan segmen-C ini mampu ‘menggugat ketenteraman’ dua pesaing terkuat dalam julat harganyanya iaitu Honda City dan Toyota Vios, meskipun kedua-dua model tersebut berada dalam segmen-B.

Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Cars

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply