Baru-baru ini, UD Trucks dan Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) telah menyerahkan lapan unit trak tugas berat UD Quester kepada pelanggan baharu mereka, Sunmax Petroleum Sdn Bhd (Sunmax), di ibu pejabat Sunmax di Lukut, Negeri Sembilan.
Pengarah Urusan Hab Malaysia, UD Trucks, Steve Hedouin, berkata, UD Trucks rasa berbesar hati kerana Sunmax telah memilih model trak tugas berat Quester untuk menyokong perniagaannya yang semakin berkembang.
Tambahnya, rangkaian trak Quester terkenal dengan prestasi dan ketahanannya yang mantap, lebih cekap penggunaan bahan api dan kos, produktiviti, keselamatan dan tempoh beroperasi, sekali gus mengoptimumkan keuntungan perniagaan.
Lapan unit trak baharu itu terdiri daripada empat unit model Quester CWE, dan dua unit model Quester GWE dan GKE setiapnya yang akan digunakan untuk pengangkutan diesel dan bahan api di Semenanjung Malaysia.
Model Quester CWE dan GWE ialah trak konfigurasi gandar 6×4 dengan kuasa kuda antara 330 hingga 440, manakala model Quester GKE ialah trak konfigurasi gandar 4×2 dengan 390 kuasa kuda.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Kesemua trak itu dilengkapi dengan enjin 11 liter GH11E yang dicipta untuk pengeluaran daya kilas yang berkuasa dan penggunaan bahan api yang cekap melalui operasi kelajuan enjin yang rendah.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi 9 dan 12-kelajuan dan sistem brek udara penuh serta sistem brek enjin tambahan.
Pengarah Urusan, Sunmax Petroleum Sdn Bhd, Siow Wee Chuan pula mengulas, pihaknya teruja dengan penambahan trak Quester kepada armada mereka yang menandakan permulaan hubungan mereka dengan UD Trucks.
Jelasnya, faktor-faktor seperti kecekapan, prestasi, keandalan dan keselamatan trak mempengaruhi pemilihan trak tugas berat Quester, memandangkan perniagaan mereka adalah berkaitan pembekalan dan pengangkutan bahan api.
Pihaknya juga menjangkakan bahawa trak-trak baharu ini akan dapat membantu mereka mencapai matlamat operasi melalui penggunaan bahan api dan kos yang lebih kurang, memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan melalui masa operasi trak yang lebih baik, sekali gus mengukuhkan keuntungan perniagaan.
Sunmax ditubuhkan pada tahun 2019 dengan urusan perniagaan yang melibatkan pemborongan dan pengangkutan petrol, diesel dan pelincir, dengan tumpuan kepada bekalan bahan api dan diesel kepada kapal bunker.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Pengurus Besar Kanan, TCIE, Loh Thim Choy, menambah, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Sunmax serta menekankan komitmen syarikat dalam memberi sokongan yang mereka perlukan sebagai pelanggan baharu.
Quester bukan sahaja satu rangkaian model trak tugas berat yang teguh, tetapi juga fleksibel dan sesuai untuk pelbagai aplikasi dan segmen-segmen industri.
Kesemua trak-trak Quester untuk Sunmax ini dilengkapi dengan UD Connected Services, iaitu sistem pengurusan armada yang berkomunikasi secara nirwayar dan berteknologi tinggi bagi membantu syarikat menguruskan armada mereka dengan lebih berkesan.
UD Connected Services membekalkan maklumat kritikal tentang penggunaan bahan api dimana ia boleh digunakan untuk menganalisis tingkah laku panduan, serta boleh menjejaki lokasi trak dengan gambaran keseluruhan yang tepat.
Ciri-ciri ini membolehkan para pelanggan membuat perancangan berkesan dan mengambil tindakan untuk meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan kos, meningkatkan masa operasi kenderaan, mengurangkan perhentian tidak dirancang dan kos operasi yang tidak diperlukan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI