ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Impresi Artis

Views

Jika dalam artikel terdahulu, penulis telah memberi gambaran awal model Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01), kali ini penulis cuba untuk ‘membayangkan’ seteru utamanya iaitu Perodua Bezza.

Difahamkan Perodua Bezza generasi kedua dijangka tiba seawal tahun 2026. Buat masa ini tiada sebarang informasi awal diperolehi mengenainya, namun ia akan berkongsi pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA), sama seperti Axia serba baharu.

Jadi dengan sumber yang sangat terhad, penulis cuba juga untuk menghasilkan illustrasi digital Bezza generasi kedua dengan menggunakan gabungan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI). Ia tidaklah semudah menaip ‘prompt‘ semata-mata, kerana ‘rekaan asas’ perlu dibuat secara digital terlebih dahulu.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Setelah rekaan asas siap, barulah ia akan dipindahkan dari perisian grafik kepada aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk dijana secara digital. Proses ini akan mengambil masa yang lama untuk menjana imej yang terbaik.

Rekaan Bezza generasi kedua ini mengambil beberapa elemen reka bentuk dari model konsep “Payung“, hasil karya Kenny Chan dari dinobatkan sebagai juara pertandingan Asian Compact Sedan Design Challenge 2023 (ACSDC 2023) .

Selain itu, beberapa model lain turut menjadi rujukan seperti Toyota Vios generasi semasa (D92A) dan juga Perodua Axia yang dijadikan sebagai asas rekaan dari segi saiz.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Elemen reka bentuk terkini Perodua seperti rekaan bampar berbentuk “X” juga ditekankan dan digayakan dengan lebih elegan. Siluet keseluruhan Bezza generasi kedua ini menampilkan elemen coupe dan juga fastback supaya ia kelihatan lebih moden dan padat.

Rekaan belakangnya sengaja dihasilkan supaya tidak kelihatan terlalu radikal, namun masih menyerlahkan gaya yang kemas dan sporty.

Kali ini penulis berjaya menghasilkan rekaan dalaman, dengan merujuk gaya rekaan pada model semasa Perodua dan digabungkan dengan elemen reka bentuk yang minimalis dengan penggunaan paparan kelompok instrumen digital dan unit inforia gaya terapung.

Apa pendapat anda mengenai rekaan ini? Kongsikan di ruangan komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hasil gabungan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI).

Foto kredit Kenny Chan

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply