ARKIB

KATEGORI

Buletin

Artroniq lancar skuter elektrik United E-Motor TX3000 dan TX1800 pada 30 Oktober ini

Berita Tempatan

Views

Jenama motosikal elektrik ikonik di bawah naungan pengeluar basikal Indonesia, PT. Terang Dunia Internusa (PT TDI) bakal melancarkan pelbagai jenis motosikal elektrik baharu ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Syarikat pemegang pelaburan terkemuka Malaysia, Artroniq Bhd pula akan berperanan sebagai pengedar United E-Motor di negara ini. Malaysia muncul sebagai negara pertama yang mengimport jenama ikonik ‘dari seberang’ ini.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Perjanjian kerjasama antara kedua-dua syarikat ini telah dimeterai pada September lalu. Artroniq Bhd juga bakal membina sebuah kedai konsep pengedaran dan pengalaman di tiga lokasi tahun depan.

Pelancaran rasmi jenama tersebut bakal berlangsung di Piazza Pavilion Bukit Jalil pada jam 2:00 petang, 30 Oktober 2023.

Acara ini akan menampilkan pertunjukan aksi lagak ngeri dan orang ramai juga berpeluang untuk menunggang uji model motosikal elektrik siri TX United E-Motor. Dua model akan diperkenalkan, iaitu skuter elektrik TX3000 dan TX1800.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Model TX3000 menawarkan jarak perjalanan sehingga 120 km bagi setiap pengecasan penuh dengan kelajuan tertinggi sehingga 90km/j. TX1800 pula menawarkan kadar pengecasan 0 hingga 80 peratus dalam tempoh 1 jam setengah.

Kedua-duanya dilengkapi tempat duduk berengsel hidrolik, storan di bawah tempat duduk yang sangat besar, Bluetooth terbina dalam, dan aplikasi telefon yang didedikasikan dengan ciri-ciri seperti butang SOS, pemacu hidup/mati, ‘Cari Motosikal Saya’, papan pemuka langsung, dan banyak lagi.

Motosikal elektrik ini merupakan motosikal rasmi semasa persidangan G20 di Indonesia pada tahun 2022. Kerjasama antara kedua-dua syarikat ini juga bakal menghasilkan bateri motosikal elektrik dan pengecas, serta stesen pertukaran bateri ‘e-battery‘ pada masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply