ARKIB

KATEGORI

Buletin

Artroniq Bhd jalin kerjasama dengan jenama motosikal elektrik United E-Motor, tiga model bakal diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Syarikat pelaburan tempatan, Artroniq Bhd semalam telah mengumumkan kerjasama dengan jenama motosikal elektrik United E-Motor, yang merupakan anak syarikat pengeluar basikal PT. Terang Dunia Internusa (PT TDI) dari Indonesia.

Kerjasama ini bakal menyaksikan Artroniq Bhd akan membawa masuk motosikal elektrik keluaran United E-Motor ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Satu majlis sidang media turut berlangsung semalam di Kedutaan Republik Indonesia di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Duta Besar Khas Republik Indonesia ke Malaysia, Yang Berbahagia, Datuk Indera Hermono.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Motosikal elektrik ini telah digunakan sebagai motosikal rasmi di Sidang Kemuncak G20 2022, yang telah diuji dan juga diperakui oleh para pemimpin dunia semasa acara tersebut berlangsung.

United E-Motor telah ditubuhkan sejak lebih 60 tahun tahun yang lalu di Indonesia, dan kini Artroniq Bhd mempunyai keistimewaan untuk memasang dan mengedarkan jenama ikonik ini ke seluruh negara.

Tiga pilihan model bakal ditawarkan, dengan Artroniq Bhd bakal memperkenalkan model ‘paling berkuasa’, iaitu TX3000 yang mampu mencecah kelajuan tertinggi 90 km/j dan ke atas.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Selain itu, dua lagi model akan ditawarkan, iaitu TX1800 dan MX1200. United E-Motor juga merupakan peserta utama dalam Kempen Indonesia Go Global.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani di hadapan Menteri Pengangkutan Indonesia, Bapak Budi Karya Sumadi, dan Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Bapak Jerry Sambuaga, pada 11 September 2023.

Dalam usaha bersama menyumbang ke arah Projek Green City, Artroniq Bhd akan mengumumkan penubuhan kilang pembuatan dan pemasangan, serta kedai konsep pengedaran di seluruh Malaysia, iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply