ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syarikat penerbangan Sarawak sasar penerbangan jauh dalam rantau Asia, utamakan perkhidmatan awam

Berita Tempatan

Views

Syarikat penerbangan yang akan ditubuhkan kerajaan Sarawak merancang untuk mengadakan penerbangan jarak jauh dalam rantau Asia apabila penubuhannya menjadi kenyataan selepas urusan pengambilalihan MASwings selesai.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, MASwings ketika ini hanya menyediakan penerbangan dalam Borneo sahaja, namun apabila kerajaan Sarawak mengambil alih pengurusannya, sasaran utama adalah mengadakan penerbangan jarak jauh yang mengambil masa enam hingga tujuh jam.

Selain penerbangan ke Semenanjung, katanya, antara destinasi jarak jauh yang dirancang termasuk Korea, Jepun, Hong Kong, India serta salah satu destinasi di Australia.

Ujar neliau, apabila pihaknya mengambil alih MASwings, destinasi penerbangan mereka mestilah terbang di luar Borneo.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Tambahnya, semua destinasi (di luar Malaysia) yang dirancang itu mengambil masa penerbangan antara enam hingga tujuh jam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pengambilalihan saham dalam MASwings oleh syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak, Hornbill Skyways Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, hari ini.

Abang Johari berkata, susulan MoU itu, perbincangan lanjut akan dijalankan oleh pihaknya bersama Kementerian Pengangkutan serta pemilik MASwings, Khazanah Nasional Berhad.

Menurutnya lagi, pengambilalihan itu perlu disegerakan dan beliau memberi tempoh tiga bulan untuk menyelesaikannya.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

“Kalau boleh, tahun depan sudah terbang (penerbangan milik Sarawak mula beroperasi),” katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, beliau memberi jaminan syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak itu akan mengutamakan perkhidmatan awam berbanding keuntungan.

Beliau berkata, visi utama syarikat penerbangan itu adalah untuk fokus serantau syarikat penerbangan itu dan peranannya dalam meningkatkan pengangkutan infrastruktur untuk Sabah dan Sarawak.

Beliau ingin tegaskan di sini bahawa syarikat penerbangan ini tidak akan menjadi syarikat penerbangan besar. Ia akan menjadi sebuah syarikat penerbangan butik yang menyediakan laluan serantau.

Menurutnya lagi, beliau meletakkan dua syarat penting untuk mengambil alih MASwings iaitu tidak boleh terbang hanya di Borneo tetapi mestilah kawasan serantau dan syarat kedua tidak boleh memberi terlalu banyak penekanan pada keuntungan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jiwa Bakti

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply