ARKIB

KATEGORI

Buletin

Auto ConneXion antara enam pengedar di dunia terima anugerah ‘Salute to Dealers’ 2025

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) telah menerima anugerah ‘Salute to Dealers2025 yang disampaikan oleh Ford Motor Company, atas atas usaha kebajikan masyarakatnya di peringkat global.

Auto ConneXion merupakan salah satu daripada enam wakil pengedar di dunia yang berjaya menerima penghormatan ini.

Anugerah tersebut membuktikan dedikasi jangka panjang mereka terhadap inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berkesan, secara berterusan selama lebih sedekad.

Inisiatif ini merangkumi usaha terhadap pendidikan, penjagaan kesihatan, kebajikan warga tua, keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar serta lain-lain.

Pengarah Urusan Auto ConneXion, Turse Zuhair berkata, pengiktirafan ini menunjukkan usaha berterusan syarikat untuk menyantuni masyarakat Malaysia dan mendorong perubahan sosial yang positif berteraskan pendidikan, kesihatan awam, kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar.

Selama lebih sedekad, Auto ConneXion kekal aktif dalam menyumbang kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif yang memberi impak. Antara projek CSR terbarunya ialah Projek Air Bersih, Ford Mobile Clinic dan The Lost Food Project.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

AutoConneXion telah melaksanakan Projek Air Bersih dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui oleh golongan belia Malaysia. MyFundAction.

Projek ini melibatkan pemasangan sistem tangki air lestari menggunakan teknik penggerekan canggih, menjamin bekalan air bersih jangka panjang bagi isi rumah berpendapatan rendah di Gerik, Perak.

Seramai 30 sukarelawan Auto ConneXion telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini di lokasi tersebut, untuk menambah baik kehidupan kira-kira 70 keluarga Orang Asli di Gerik.

Anugerah ‘Salute to Dealers’ menekankan komitmen 25 tahun Ford untuk menyokong pengedarnya di seluruh dunia yang memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat.

Auto ConneXion, dengan kerjasama bahagian amal global Ford, Ford Philanthropy, terus menerajui inisiatif CSR untuk menyokong masyarakat memerlukan di Malaysia.

Auto ConneXion juga terus menangani cabaran keterjaminan makanan melalui kerjasamanya dengan The Lost Food Project.

Bersama-sama Ford Philanthropy, Auto ConneXion telah menyumbang USD45,000 (kira-kira RM200,000) kepada The Lost Food Project untuk membekalkan kira-kira 855,000 sajian makanan berkhasiat kepada golongan memerlukan.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Di samping itu, sepasukan 25 sukarelawan daripada Auto ConneXion telah menyertai aktiviti penyisihan dan penyediaan makanan di gudang The Lost Food Project di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, di mana sebanyak 3,820kg makanan telah diselamatkan, bersamaan 10,914 sajian makanan.

Satu tumpuan lain bagi Auto ConneXion ialah menambah baik kemudahan kesihatan bagi masyarakat luar bandar dan yang dilanda banjir.

Auto ConneXion, bersama Yayasan Sime Darby dan Ford Philanthropy baru-baru ini telah menyumbang kepada pelancaran Ford Mobile Clinic yang serba lengkap untuk MyFundAction.

Menerusi inisiatif ini, perkhidmatan penjagaan kesihatan asas dapat ditujukan kepada perkampungan Orang Asli dan serta mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Untuk menyokong usaha ini, Auto ConneXion bersama Yayasan Sime Darby telah menyumbang sebuah Ford Ranger, manakala Ford Philanthropy menderma sebanyak USD55,000 (kira-kira RM250,000) untuk membina dan mengubah suai ‘klinik bergerak’ ini.

Dilengkapi dengan bekalan dan alat perubatan penting, termasuk monitor tanda hayat, alat bantuan pernafasan dan kelengkapan diagnostik, klinik bergerak ini menyediakan pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang memanfaatkan lebih 2,200 penerima bantuan pada tahun 2025.

Menurut Ketua Pegawai Pembangunan MyFundAction, Isma Fildza Hazry, pihaknya berbangga untuk berganding bahu dengan rakan kerjasama yang benar-benar komited untuk membangunkan komuniti mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply