ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bandar Aeroangkasa Pahang di Gebeng dijangka mua beroperasi pada 2026

Berita Tempatan

Views

Pahang merancang membangunkan Bandar Aeroangkasa di kawasan seluas 5,042 hektar di Gebeng, Kuantan bermula tahun depan dan dijangka beroperasi pada 2026.

Astro AWANI melaporkan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek berimpak tinggi itu akan turut melibatkan pemindahan lapangan terbang sedia ada ke kawasan baharu dan seterusnya menyokong Rancangan Fizikal Negara ke-3 iaitu sebagai bandar pembangunan transit nasional (udara, darat dan laut) secara bersepadu di kawasan berkenaan.

Beliau berkata projek tersebut juga, apabila siap kelak, akan menyediakan sebuah lapangan terbang antarabangsa dan juga hab perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan pesawat (MRO) yang bertaraf dunia.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurutnya, nilai pasaran MRO bagi kawasan Asia Pasifik untuk tempoh 20 tahun akan datang dianggar berjumlah RM15 trilion, dan dengan pembukaan bandar itu, Pahang dijangka memperoleh satu peratus atau RM150 bilion untuk tempoh 20 tahun, atau RM7.5 bilion setahun daripada nilai pasaran MRO Asia Pasifik.

Tambah beliau, projek berkenaan akan dilaksanakan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) secara bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (S-GLC) iaitu Pahang Corporation Sdn Bhd (PahangCorp).

Beliau terdahulu menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman di antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan PahangCorp oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khusaini Harumaini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Selain itu, Wan Rosdy berkata Bandar Aeroangkasa tersebut juga akan menyediakan tapak perindustrian berkaitan penerbangan yang mampu menarik minat syarikat-syarikat besar dalam industri pembinaan pesawat dan komponen pesawat.

Pembinaan Bandar Aeroangkasa ini katanya, turut mengambil kira faktor hab ekonomi yang lain kerana ia terletak berhampiran kawasan industri Gebeng, Pelabuhan Kuantan dan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) selain menjadi pintu masuk utama ke negeri pantai timur.

Kata beliau lagi, projek ini bakal menyediakan 50,000 peluang pekerjaan sama ada melibatkan sektor penerbangan atau bukan penerbangan.

Beliau berharap perancangan untuk mewujudkan Bandar Aeroangkasa Pahang akan menjadikan negeri ini sebagai pilihan utama pelabur untuk melabur di negara ini berdasarkan kepada perkhidmatan yang disediakan nanti selain faktor geo-ekonomi yang strategik di pantai timur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply