ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Info

Views

Ingat lagi tak kami pernah menyiarkan artikel yang mengatakan Proton kini sedang mempersiapkan model X70 MC1 (Minor Change 1) yang dijangka bakal mengalami beberapa perubahan? Model ini boleh lah dianggap sebagai versi facelift pertama untuk X70 yang dijangka bakal ditawarkan dengan pilihan enjin tiga-silinder 1.5L TGDi (1.5TD).

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Nampaknya info Mat Bond pada bulan Februari itu telah mendahului rakan media kami di Automachi yang turut mengesahkan perkara tersebut dalam artikel mereka baru-baru ini. Menurut Automachi, Proton X70 MC1 dijangka diperkenalkan pada bulan Ogos nanti.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Kata mereka, Proton X70 MC1 akan dijana enjin tiga-silinder 1.5-liter TGDI yang digandingkan bersama kotak gear 7-kelajuan DCT. Ini bermakna, kita di Malaysia bakal mendapat versi X70 dengan enjin sama seperti yang dieksport ke Pakistan, Bangladesh dan mungkin juga di Thailand.

Selain pertukaran enjin, Automachi turut melaporkan X70 MC1 akan mengalami beberapa peningkatan dari segi reka bentuk, namun buat masa ini butiran lebih lanjut masih belum diperolehi. Kami akan cuba menghantar ejen Mat Bond sekali lagi untuk misi ‘mengorek rahsia’ terbaharu, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply