ARKIB

KATEGORI

Buletin

Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Berita Tempatan

Views

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong akhirnya akur dan telah bersetuju dengan permintaan Kesatuan PONSB dan persatuan untuk pekerja-pekerja Proton di Shah Alam. Menurut maklumat yang diperolehi menerusi rakan kami di Careta.my, pihak Kesatuan sebelum ini dikatakan bakal mengadakan perhimpunan aman dengan memakai pengikat kepala merah kerana beliau telah berdolak-dalik dan tidak mengendahkan permintaan para pekerja.

Sumber dalaman Careta berkata, ahli Kesatuan sebelum ini akur dan bersetuju untuk bekerja lebih masa demi untuk memajukan prestasi syarikat. Mereka telah diminta untuk memberikan komitmen bekerja lebih dari 10 jam sehari untuk enam hari seminggu dan akur dengan arahan tersebut.

Selain itu, mereka juga telah dijanjikan insentif sekiranya sasaran tercapai, namun semuanya ‘diam seribu bahasa’ dan langsung tidak diendahkan. Pihak kesatuan pekerja Proton di Shah Alam (PONSB) juga mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak membuat sebarang aduan mengenai ‘janji-janji manis’ Geely yang masih lagi tidak ditepati sehingga kini.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Tambah sumber tersebut, mereka tidak mahu bersuara kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan. Namun begitu, ia telah diambil kesempatan dan disalahgunakan oleh pihak pengurusan tertinggi dari luar dan dalam negara.

Pihak Kesatuan sepatutnya mengeluarkan satu memo semalam berkaitan janji-janji yang sepatutnya ditunaikan namun ia tidak berlaku. Antara aduan di dalam dokumen yang dilihat oleh Careta, termasuklah isu penarikan faedah pekerja sedia ada, pembayaran insentif Happy Operation Entity yang masih belumdibayar sejak Januari 2021 serta perbincangan berkaitan bonus tahun 2020.

Menurut memo terkini Kesatuan PONSB, pihak pengurusan Proton kini bersetuju untuk melaksanakan permintaan-permintaan di bawah:

  • Skim Staff Purchase, Skim Staff Purchase 25 Tahun dan Skim Staff Purchase keluarga terdekat yang bakal disambung semula.
  • Pembayaran insentif HOE yang akan dimaklumkan oleh pihak syarikat kepada Kesatuan untuk dibincangkan semula.
  • Pembayaran bonus tahun 2020 yang bakal dilangsaikan pada 30 April 2021.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Proton mempunyai dua kesatuan pekerja, satu untuk pekerja di Shah Alam manakala satu lagi untuk pekerja di Tanjung Malim. Proses pemindahan pekerja-pekerja dari Shah Alam ke Tanjung Malim juga dikatakan bakal bermula dalam tahun ini.

Selain dari isu dengan pekerja-pekerja tempatan, Dr Li juga dikatakan cenderung mengambil tenaga profesional dari China bagi menggantikan pengurusan tempatan yang telah tamat kontrak. Kata sumber itu, jawatan pengurus kanan dan ke atas, kebanyakannya datang dari China dengan usia yang jauh lebih muda dan tiada pengalaman.

Menurut satu lagi sumber Careta, sepatutnya Proton yang belajar dari Geely, tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Tambahnya, projek-projek penghasilan model Proton sendiri telah ditolak dan digantikan dengan ‘projek tukar lencana’ (rebadge).

Malah, projek kejuruteraan yang dilakukan oleh Proton sendiri adalah lebih berdaya saing dan kos efektif, namun ianya ditolak dan digantikan dengan kontrak kejuruteraan dari Geely yang jauh lebih mahal. Jelasnya lagi, apa yang diperlukan ketika ini adalah kajian rasmi berapakah nilai RM yang telah mengalir keluar ke Geely dari Proton kerana kandungan komponen tempatan masih kurang dan ditambah pula dengan nilai kerja kejuruteraan dari luar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply