ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bantuan PKP 3.0 – Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

Berita Tempatan

Views

Menerusi Perutusan Khas Bantuan PKP 3.0 yang disiarkan secara langsung sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) selama enam bulan lagi bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2021.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Pengecualian ke atas kenderaan penumpang melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah mula berkuat kuasa pada 15 Jun hingga 31 Disember 2020, namun ia telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Selain itu, beberapa bantuan lain turut diumumkan, antaranya bantuan secara “one off” RM500 untuk pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran, e-hailing dan juga pemandu pelancong.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Bagi golongan B40 dan mereka terjejas juga mendapat kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau pilihan bayaran balik 50 peratus selama enam bulan. Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi bernilai RM1 bilion turut diumumkan menerusi moratorium pinjaman sehingga 12 bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply