Perodua memulakan siri eksport untuk model Aruz dan Singapura menjadi destinasinya yang pertama. Aruz dijual dengan harga pada masa pelancaran SGD92,999 (RM286,409), termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Certificate of Entitlement (COE).
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, Aruz merupakan kenderaan tujuh-tempat duduk pertama yang ditawarkan oleh Perodua di Singapura. Tabhnya, dengan jualan hampir 58,000 unit di Malaysia sejak pelancarannya pada 2019, Aruz merupakan SUV terlaris di Malaysia pada 2019 dan 2020.
Aruz dikuasakan oleh enjin empat-silinder 1.5 liter Dual VVT-i dengan blok aluminium bergabung dengan transmisi automatik kawalan elektronik dan Eco Idle untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l. Barisan tempat duduk kedua yang dibahagi 60:40 serta barisan ketiga yang dibahagi 50:50 boleh dilaras, dilipat dan digolek untuk menghasilkan pelbagai konfigurasi.
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
Model SUV yang menerima penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP ini dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), ISOFIX dan enam beg udara. Kelengkapan lain termasuk lampu hadapan LED, rim aloi dwi-tona 17-inci, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sistem infohiburan skrin sesentuh dengan paparan kamera undur.
Aruz diedarkan oleh Perocom Auto Pte Ltd di pusat jualan dan servisnya di Ubi. Pengedar sah Perodua yang tunggal di Singapura sejak 1997, Perocom Auto telah menjual Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi generasi pertama dan ketiga, Viva, Axia dan Bezza di sana. Selain Singapura, Perodua juga mengeksport ke Brunei, Sri Lanka, Mauritius, Seychelles, Fiji dan Indonesia (di mana Myvi dijual sebagai Daihatsu Sirion).
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Perodua Singapore
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
KOMEN TERKINI