ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bateriku.com dan Mayflower Car Rental meterai MoU untuk tingkatkan pengurusan armada di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Bateriku.com telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bersama Mayflower Car Rental Sdn Bhd untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bagi armada Mayflower yang mempunyai lebih 2,000 kenderaan di seluruh Malaysia.

Melalui kolaborasi ini, armada Mayflower yang merangkumi pelbagai jenis kenderaan seperti sedan mewah, MPV, SUV, van pelancongan, dan bas persiaran akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan sokongan atas permintaan (on-demand) yang meluas dari Bateriku.com.

Dengan memanfaatkan penyelesaian inovatif dan teknologi terkini daripada Bateriku.com, Mayflower Car Rental berhasrat untuk mengurangkan masa kenderaan tidak beroperasi, mengoptimumkan pengurusan armada, serta meningkatkan kepuasan pelanggan.

Dengan lebih 201 hentian pit (pitstop) di seluruh negara, rangkaian sokongan kukuh Bateriku.com amat sesuai dengan komitmen Mayflower dalam menyediakan pengalaman penyewaan yang mudah dan boleh dipercayai.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Kerjasama ini turut mengukuhkan dedikasi kedua-dua syarikat dalam aspek keselamatan, kemudahan, dan kelestarian dalam sektor mobiliti.

Sebagai penyedia bantuan kecemasan yang komprehensif, Bateriku.com menawarkan ekosistem lengkap untuk menyokong operasi armada Mayflower termasuk:

  • Bantuan Kerosakan – Penggantian bateri di lokasi, bantuan tepi jalan, dan pemeriksaan kenderaan.
  • First Responder (Kemalangan) – Bantuan segera di lokasi apabila berlaku kemalangan.
  • Bateriku Tow Truck – Khidmat tundaan profesional ke lokasi yang selamat.
  • BGarage – Rangkaian bengkel dipercayai bagi pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan.
  • BBuddy Partners – Kerjasama strategik bersama Petronas AutoExpert, Mannol, dan rakan industri lain bagi memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi.
  • Perkhidmatan untuk Semua Jenis Kenderaan – Meliputi kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid, dan kenderaan elektrik (EV).

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi berkata, pihaknya sangat teruja untuk bekerjasama bersama Mayflower Car Rental, jenama yang sinonim dengan kualiti dan kebolehpercayaan dalam industri penyewaan kereta.

Pengurus Besar Mayflower, Ng Kar Mei pula menambah, kerjasama pihaknya bersama Bateriku.com merupakan langkah signifikan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan armadanya.

Kerjasama strategik antara dua peneraju industri ini bakal menetapkan standard baharu bagi pengurusan armada dan bantuan tepi jalan di Malaysia.

Dengan memanfaatkan pendekatan digital oleh Bateriku.com dan jaringan luas Mayflower Car Rental di seluruh negara, kedua-dua syarikat berada pada kedudukan kukuh untuk memacu inovasi dalam penyelesaian mobiliti serta menawarkan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply