ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beli kereta Proton dan dapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan harga promosi RM299

Views

Demi memastikan keselamatan penumpang kenderaan keluarannya khususnya untuk kanak-kanak menjadi keutamaan, Proton melaksanakan satu inisiatif yang patut dipuji dengan menawarkan kerusi keselamatan kanak-kanak pada harga promosi RM299 dengan pembelian kereta Proton baharu. Harga sebenar kerusi keselamatan tersebut bernilai RM1,000 dan ia menepati piawaian keselamatan Eropah ECE R 44 dan mampu menampung berat sehingga 18 kg serta dilengkapi dengan cagak Isofix, tali pinggang keledar dan topang kaki.

BACA >> Proton bakal perkenalkan Iriz yang diperhalusi

Tempoh promosi adalah terhad dan sementara stok masih ada. Sempena ketibaan musim perayaan yang bakal disambut tidak lama lagi, Proton turut menawarkan promosi istimewa dengan tawaran servis percuma selama lima tahun (bernilai RM4,100), Bonus Perayaan RM500 dan Bonus Kesetiaan RM1,000 untuk setiap pembelian kereta Proton baharu. Jangan berlengah lagi, segeralah ke bilik Pameran Proton yang terdekat untuk menempah kereta baharu anda!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply