Michelin Malaysia menawarkan aneka pilihan tayar mesra kenderaan elektrik (EV) serba canggih yang berupaya untuk memenuhi keperluannya, dari keselesaan akustik hingga ke cengkaman dan pengurusan berat.
Bermula hari ini sehingga 19 Julai, Michelin menawarkan pulangan tunai yang eksklusif buat para pelanggan EV apabila mereka membeli tayar-tayar Michelin yang terpilih.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pelanggan yang membeli minimum dua tayar Kereta Penumpang atau SUV Michelin sedia EV yang terpilih dalam saiz 16-inci dan ke atas akan menerima pulangan tunai e-dompet yang eksklusif bernilai sehingga RM400 (melalui GrabFood E-code atau PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go) setelah penyertaan dibuat dan diluluskan.
Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu melayari https://promo.michelin.com.my/promotions/ev-promo-2024 dan mengisi butiran diri yang berkenaan berserta bukti pembelian pada pautan borang yang disediakan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Peserta yang berjaya akan menerima kod bagi pulangan tunai mereka melalui SMS atau e-mel dalam tempoh 10 hari bekerja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Model-model tayar yang terlibat boleh didapati di semua pusat pengedaran TYREPLUS dan Michelin Expert Centre serta di Michelin Associate Dealers yang terpilih di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi EV 2024 oleh Michelin Malaysia, sila layari https://www.michelin.com.my/auto/promotions.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI