ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat

Foto Intip

Views

Unit ujian Proton X70 MC2 yang masih sarat dengan pelitup penyamaran dikesan sedang menjalani ujian di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, semalam.

Apa yang menarik, ia turut ditemani sebuah X90 yang menggunakan plat perdagangan yang dipandu oleh seorang wanita. Foto serta videonya berjaya dirakam oleh sahabat penulis, Ahmad Safir A Gani.

Menurutnya, X90 itu sentiasa berada di hadapan unit ujian Proton X70 MC2 yang mengekorinya rapat dari arah belakang.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Tidak dipastikan juga apa tujuan sebenar X90 itu, adakah sekadar untuk tugasan pengiring, atau sedang menguji komponen baharu atau yang telah dikemaskini.

Menurut ejen perisik Mat Bond, X70 MC2 fasa pengeluaran model X70 MC2 sepatutnya dijadualkan pada bulan ini (November) selepas pengeluaran massa model sedan S70 (SS11) bermula sejak bulan Oktober lalu.

Namun, ia masih belum bermula memandangkan stok model sedia ada masih lagi berbaki. Selain X70 MC2, Proton juga sedang mempersiapkan sebuah lagi model yang dikemaskini iaitu X50 facelift.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Dengan perkembangan terbaharu ini, besar kemungkinan X70 MC2 hanya akan dilancarkan pada awal tahun hadapan dan sedikit lewat dari jangkaan asal.

Tambah Mat Bond lagi, model X50 RC (Running Change) sudah tiba ke fasa PraPengeluaran (PP), namun tidaklah diketahui sama ada ia merupakan X50 facelift atau sekadar peningkatan kecil sahaja.

Ada desas-desus mengatakan model X50 facelift hanya akan tiba pada tahun 2025. Mungkin juga Proton ‘mengubah fikiran’ dan mempercepatkan model tersebut memandangkan ‘seteru terkuat’nya, Perodua D66B akan dilancarkan pada Julai tahun hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ahmad Safir A Gani

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply