ARKIB

KATEGORI

Buletin

Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

Berita Tempatan

Views

Ini perkembangan mutakhir berkaitan dengan model ‘supermoped‘ hasil usaha sama antara Modenas dan Kawasaki yang dikatakan sedang menjalani ujian di luar negara.

Menurut rakan media di Pandulaju.com.mymodel prototaip yang sudah siap dibina itu sebenarnya berada di Eropah (foto kecerdasan buatan (AI) sekadar hiasan semata-mata).

Bagaimanapun, lokasi tepat negara Eropah itu masih lagi dirahsiakan. Difahamkan ada sepasukan jurutera Modenas sedang ‘berkampung’ di Eropah sejak tiga bulan lalu untuk membantu persiapan supermoped berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Mereka dikhabarkan sedang menyelesaikan beberapa aspek supermoped itu, terutama rangkaian kuasa selain menjalani latihan intensif di negara terbabit.

Reka bentuk supermoped itu dikhabarkan memiliki gaya yang pasti memenuhi selera majoriti pembeli tempatan. Apa yang lebih menarik, kerja-kerja reka bentuk supermoped tersebut telah dibuat di Malaysia.

Rekaan prototaip itu melibatkan kepakaran Malaysia, selain menerima input dan nasihat daripada wakil Kawasaki Jepun, serta mengambil kira ‘trend‘ pasaran semasa.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Buat masa ini masih belum ada maklumat terperinci berhubung aspek kapasiti enjinnya. Namun, apa yang pasti sesaran enjin berkenaan dikatakan 150cc ke atas dan menepati piawaian Euro5, selain sesuai untuk kegunaan harian.

Jika dilihat kepada piawaian tersebut, berkemungkinan Modenas dan Kawasaki mahu menjadikannya sebagai satu lagi produk eksport, selain Kawasaki Ninja ZX-6R.

Ada juga desas-desus mengatakan akan ada satu lagi varian supermoped ini yang jauh lebih menarik dengan kapasiti enjin yang lebih besar. Apapun, kita tunggu saja pengumuman daripada Modenas dan Kawasaki kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang berdasarkan lakaran asal sahabat kami, Nizam Najmuddin. Boleh ikuti Instagram beliau di @nizamnaj_design

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply