Populariti perkhidmatan e-hailing kian meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia untuk keperluan harian mereka.
Kini lebih ramai orang mengurangkan penggunaan kereta peribadi untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan melindungi alam sekitar.
Pasukan analitik Maxim dalam analisis bebas telah mengumpulkan data mengenai kekerapan penggunaan aplikasi e-hailing pada tahun 2024, dengan kadar populariti dan kos purata bagi setiap perjalanan.
Menurut data tersebut, pakar mendapati bahawa 51 peratus pengguna aktif menggunakan aplikasi Maxim dua kali seminggu, 31 peratus sekali seminggu, 12 peratus enam kali seminggu, dan 2 peratus pengguna menggunakannya lebih daripada tujuh kali seminggu.
Data juga menunjukkan bahawa separuh daripada pengguna Maxim menggunakan aplikasi tersebut sekurang-kurangnya dua kali seminggu, di mana lokasi penggunaannya kebanyakannya berasal dari lokasi awam, hab pengangkutan, dan dari pejabat ke kawasan perumahan.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Tambahan pula, sebilangan besar pengguna lebih suka kadar “Kereta” kerana ia cenderung menjadi pilihan yang paling mudah dari segi aksesibiliti, kemampuan, dan kemudahan penggunaan dalam cuaca buruk.
Selain itu, jumlah purata wang yang dikeluarkan oleh kebanyakan pengguna setiap minggu adalah kira-kira RM12.50.
Dengan anggapan, jika pengguna menggunakan aplikasi Maxim dua kali seminggu, mereka akan membelanjakan sekitar RM5 hingga RM7 untuk setiap perjalanan.
Ini tanpa ragu menyatakan bahawa Maxim adalah syarikat e-hailing yang mampu milik di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan e-hailing mesra bajet kepada penggunanya.
Di samping itu, menaiki e-hailing mungkin menyumbang kepada pengurangan penggunaan kereta peribadi, yang akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak.
Dari segi menyumbang kepada alam sekitar, perkhidmatan e-hailing boleh membantu mengurangkan pelepasan karbon dan penggunaan transaksi tanpa tunai.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Menurut salah seorang pengguna Maxim, Nadya Roslan berkata, dia sering menggunakan e-hailing sebagai pengangkutan utama dan Maxim adalah antara pilihannya.
Ini kerana e-hailing menawarkan lebih banyak manfaat seperti menjimatkan masa, berehat lebih, tidak perlu stres mencari tempat letak kereta, mengelak kesesakan lalu lintas dan banyak lagi.
Dia menggunakannya enam kali seminggu dan membelanjakan RM7 untuk satu perjalanan dari pejabat ke rumah.
Pengarah Maxim E-hailing Malaysia, Mohd Hazwan berkata, jumlah pesanan pada tahun 2024 meningkat berbanding tahun sebelumnya kerana beberapa faktor antaranya harga yang berpatutan, kemudahan, penjimatan masa, kebolehpercayaan, keselesaan, dan trend global.
Selain itu, Maxim bukan sahaja fokus di bandar besar, malah tersedia di kawasan luar bandar dan menawarkan kemudahan yang selesa.
Tambahnya, Maxim akan terus membangunkan pengangkutan bandar dengan memanfaatkan teknologi untuk memenuhi permintaan pengguna moden bagi penyelesaian mobiliti yang cekap, berpatutan, dan fleksibel.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI