ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berisiko tercicir subsidi bersasar jika tak kemas kini data PADU – Rafizi Ramli

Berita Tempatan

Views

Tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka yang tidak mengemas kini maklumat di Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 2 Januari ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata bagaimanapun mereka terbabit berisiko untuk tercicir daripada menerima subsidi bersasar yang akan menggunakan data dikemas kini dalam PADU kelak.

Beliau berkata, risiko keciciran boleh berlaku memandangkan kerajaan hanya menggunakan maklumat sedia ada dan maklumat yang dikemas kini dalam PADU untuk menentukan profil isi rumah dan kelayakan bagi mereka yang layak untuk mendapatkan subsidi bersasar atau sebaliknya.

“Mengikut mandatnya (PADU) adalah menyediakan profil isi rumah paling tepat bagi penyasaran semula subsidi. “Jika tidak kemas kini (data) tiada masalah, tetapi kalau anda tidak dapat (subsidi) jangan marahlah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada apa-apa tindakan boleh dikenakan jika orang ramai tidak mengemas kini data mereka di PADU.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Rafizi berkata, PADU akan dilancarkan pada 2 Januari ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akses dibuka kepada orang ramai mulai tarikh itu untuk kemas kini sehingga 31 Mac 2024.

Difahamkan, orang ramai akan boleh mula mengemas kini data masing-masing dalam tempoh itu di lokasi tertentu.

Beliau berkata, PADU adalah komponen utama kepada rancangan besar penstrukturan ekonomi kerajaan dan ia adalah pangkalan data utama yang akan mempunyai profil setiap individu dan isi rumah yang akan menjadi rujukan dalam penentuan penyasaran semula subsidi atau bantuan lain pada masa depan.

Katanya, data dalam PADU yang dikendalikan oleh Jabatan Perangkaan Negara merangkumi hampir 300 jenis data di bawah Kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, katanya, data di bawah kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan dimasukkan beransur-ansur.

Mengulas sama ada data perbankan akan juga termasuk dalam data PADU, Rafizi berkata, pangkalan data itu tidak termasuk data perbankan.

Ia kerana, katanya, Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) tidak membenarkan data berkenaan digunakan oleh sesiapa.

Selain itu, beliau berkata, sempena pelancaran PADU minggu depan itu, 3,000 orang yang terawal mendaftar dan mengemas kini data di PADU akan terima kad NFC Touch ‘n Go secara percuma.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Malah, katanya, pasar raya Mydin juga menawarkan diskaun kepada mereka yang mendaftar di PADU.

Mengenai pengurusan data dalam PADU, Rafizi berkata walaupun semua agensi menyumbang data, bukan semua agensi boleh ambil semua data untuk kegunaan sendiri.

Beliau berkata, pemunya atau pemilik data telah ditentukan oleh akta tertentu dan menerusi PADU, pemilikan terhadap data itu tidak ada perubahan.

Justeru, katanya, data yang ada dalam PADU hanya digunakan oleh agensi tertentu mengikut kes penggunaan dan bukan sewenang-wenangnya.

“Pemilikan data masih dikawal oleh akta jabatan atau agensi kerajaan masing-masing. Bagaimana untuk berkongsi data antara agensi akan ditentukan kerajaan mengikut matlamat penggunaan. Kes penggunaan pertama hanyalah penyasaran subsidi.

“Justeru, tidak ada persoalan mengenai data ini dikongsikan dengan mana-mana pihak kerana ia bertentangan dengan undang-undang,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Department of Statistics, Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply