ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bezza masuk longkang cuba lari dari polis – Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan

Berita Tempatan

Views

Cubaan empat individu menaiki kereta melarikan diri ketika dikejar kereta peronda polis (MPV) gagal apabila kenderaan itu terbabas dan memasuki longkang besar berhampiran Taman Sri Nanding, Hulu Langat, semalam.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, anggota MPV yang sedang membuat rondaan jenayah di Jalan Cheras menghala ke Kajang menyedari kereta dalam keadaan mencurigakan pada 5.15 petang.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Susulan itu, anggota bertugas mengarahkan pemandu kereta itu berhenti untuk melakukan pemeriksaan bagaimanapun, dia terus memecut kenderaan dan melarikan diri. Anggota MPV terbabit kemudiannya meminta bantuan daripada Pusat Kawalan Cheras dan tiga MPV lain dikerahkan untuk membantu menahan suspek.

Muhammad Idzam berkata, ketika MPV mengejar kereta berkenaan sejauh beberapa kilometer, kenderaan itu terbabas sendiri di jalan berhampiran Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Pihaknya berjaya memberkas tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 36 tahun dengan bantuan penduduk tempatan, manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Semakan awal mendapati semua suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod berkaitan jenayah dan dadah. Saringan awal air kencing dilakukan mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamin dan methamphetamin.

Beliau berkata, usaha mengesan seorang lagi suspek sedang giat dijalankan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply