ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bilik pameran Perodua di Mid Valley kini berpindah ke Menara MBMR

Views

Bilik pameran Perodua milik DMM Sales Sdn Bhd, yang dauhulunya terletak di Mid Valley kini telah berpindah ke lokasi baharu di Menara MBMR, Jalan Syed Putra. Ini merupakan usaha mereka untuk menggandakan kapasiti jualannya di sini dan pada masa yang sama memberi penekanan yang lebih terhadap kepuasan pelanggan.

Pengerusi Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd, En Aqil Tan Sri Ahmad Azizuddin berkata bilik pameran jualan baharu ini mempunyai keluasan 6,900 kaki persegi dan lebih daripada dua kali ganda lebih besar berbanding dengan lokasi sebelumnya. Ditubuhkan pada 20 Januari 1995, DMM Sales Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd.

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

Ia merupakan pengedar terbesar Perodua dengan 17 bilik pameran, 13 pusat servis dan dua pusat badan & cat di seluruh Malaysia. DMM Sales Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak 10.6 peratus secara purata kepada jualan tahunan Perodua sejak lima tahun yang lalu. Menara MBMR juga menempatkan MBM Resources Berhad, sebuah kumpulan syarikat automotif dengan pelbagai pelaburan dalam industri automotif dan juga pemegang saham perdagangan utama bagi Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd.

Upacara perasmian turut dihadiri oleh Pegawai Eksekutif Urusan Kanan Daihatsu Motor Co Ltd, Datuk Shigeharu Toda dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin. Kata Datuk Dr Zahari, komitmen yang ditunjukkan oleh DMM Sales Sdn Bhd terhadap Perodua amatlah dipuji dan ia bukan sahaja akan memberi sumbangan positif kepada jualan tetapi juga bakal menaik taraf pengalaman pelanggan terhadap jenama ini.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan Perodua setakat 10 bulan pertama tahun 2018 telah mencapai 187,731 unitpeningkatan sebanyak 11 peratus daripada 168,071 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas. Berdasarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 502,244 unit dari Januari-Oktober 2018, bahagian pasaran Perodua berada pada 37.4 peratus.

JOM BACA >> IKLAN : Hoi Keen Service IM3 Kuantan – Lepak sambil menunggu kereta diservis dalam suasana ‘kafe hipster’!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply