ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia lancar Fasiliti Pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre

Berita Tempatan

Views

BMW Group Malaysia mengorak langkah pada tahun baharu ini sebagai peneraju dalam arena e-mobiliti di Malaysia dengan pengenalan enam Fasiliti Pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, tahun 2018 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi BMW Group di peringkat global dengan penyerahan 14,338 unit kenderaan.

Ia meningkat sebanyak 13 peratus dan angka ini merupakan yang tertinggi dalam segmen pasaran seumpamanya. Pencapaian ini juga memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran utama di rantau ini. Portfolio Mobiliti Bervisi yang diusulkan oleh BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan sebanyak 57 peratus unit kenderaan, iaitu lebih daripada 7,500 unit varian kenderaan Hibrid ‘Plug-in’ BMW dan MINI pada tahun 2018.

JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan enam Fasiliti Pengecasan BMW i yang baharu di Bangsar Shopping Centre. Pengenalan infrastruktur baharu ini merupakan susulan kepada Fastiliti-Fasiliti Pengecasan BMW i yang dibuka di Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka, The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Iconic Hotel di Pulau Pinang serta WEIL Hotel di Ipoh yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Portfolio Mobiliti Bervisi BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance juga disokong oleh platform ChargEV melalui usaha samanya dengan GreenTech Malaysia. Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° ELECTRIC juga memberikan akses kepada fasiliti-fasiliti pengecasan rakan kongsi yang lain seperti ChargEV. Ia membolehkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan yang terletak dalam rangkaian ChargEV yang semakin berkembang di seluruh negara.

JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply