ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 4S Sendok Group Kuantan dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Pengedar rasmi jenama kenderaan komersial Sinotruk di Malaysia, Sendok Group telah merasmikan pembukaaan pusat 4S baharunya di Kuantan. Pusat itu merupakan hasil kerjasama di antara Sendok Group selaku pengedar dan pemasang di Malaysia bersama TTS Engineering Group Sdn Bhd.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuantan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Puan Fuziah binti Salleh dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Sendok Group, Gwee Bok Wee, Pengarah & Pengurus Besar untuk Asia dan Oceania, Sinotruk International Ltd, Yuan Zhong Bo dan Pengerusi Kumpulan TTS Engineering Group, Datuk Yap Yeow Ho.

Pusat 4S yang terletak di Jalan Gambang itu akan berkhidmat sebagai pusat servis utama buat pelanggan di wilayah Pantai Timur. Ia bakal menyediakan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti, badan dan cat kepada para pelanggan trak tugas berat Sinotruck serta kenderaan komersial tugas ringan CAM.

Jenama CAM ialah divisyen pemasaran bagi kenderaan komersial tugas ringan Sendok Group. Sebanyak RM2 juta telah dilaburkan untuk membina pusat tersebut yang mengambil masa selama enam bulan. Ia memiliki ruang bengkel seluas 7,000 kaki persegi dan disokong oleh gudang seluas 4,200 kaki persegi untuk alat ganti.

JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir

Sempena pembukaan pusat 4S tersebut, trak tugas berat Sinotruck T7H berkuasa 540 kuasa kuda turut diperkenalkan secara rasmi. Ia ditawarkan dengan struktur jaminan yang baru dikenali sebagai ‘T Series’ yang merangkumi pakej jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Di majlis yang sama turut berlangsungnya penyerahan lebih 100 unit trak tugas berat Sinotruk  kepada dua pelanggan yang berpangkalan di Kuantan. 50 unit model T7H telah dibeli oleh Heng Da Logistic Sdn Bhd manakala 50 unit model tipper dibeli oleh Menta Construction Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Sendok Group, Gwee Bok Wee berkata, pembukaan pusat 4S baharu ini membuktikan strategi Sendok Group untuk mengembangkan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai secara konsisten kepada para pelanggan kami di wilayah Pantai Timur.

Pusat 4S baharu itu mempunyai 12 ruang untuk kerja-kerja penyelenggaraan trak, lapan ruang bagi trak tugas ringan dan baki 4 ruang lagi untuk kegunaan trak tugas berat. Perkhidmatan servis bergerak turut diletakkan di pusat 4S berkenaan. Antara kemudahan lain termasuklah mesin penjajaran tayar khas untuk trak dan trailer yang diimport dari Sweden yang mampu melakukan penjajaran trak sepenuhnya tanpa perlu mengasingkan trailer.

Pengarah & Pengurus Besar untuk Asia dan Oceania, Sinotruk International Ltd, Yuan Zhong Bo berkata, Sinotruk T7H dengan 540 kuasa kuda dilengkapi enjin yang menawarkan tork, prestasi, tempoh dan kitaran operasi yang tinggi tanpa memerlukan baik pulih major, penjimatan bahan api dan ciri-ciri keselamatan yang hebat. Dengan pembukaan pusat 4S di Kuantan, Sendok Group kini mempunyai lima pusat 4S dalam 50 pengedar dan pusat servis di Malaysia.

JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply