ARKIB

KATEGORI

Spyshots

PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir

Views
Pandu Uji Iriz MC2 2019

Jika semalam kita dapat melihat keseluruhan rekaan luaran Proton Iriz MC2 tanpa sebarang penyamaran semasa ia dipandu oleh Tun Dr Mahathir ke satu majlis rasmi kerajaan di Putrajaya, hari ini satu klip video yang memperlihatkan ruang dalamannya pula dimuatnaik ke laman YouTube Che Det Official sebentar tadi.

Rekaan dalaman Iriz MC2 varian Premium ini masih lagi mengekalkan keseluruhan rekaan model semasa, namun beberapa perubahan telah dibuat terutama pada panel meter, tombol gear dan juga unit infohiburnya. Sebenarnya kami tidak pasti sama ada panel meter Iriz MC2 menggunakan digital sepenuhnya atau ia masih lagi menggunakan kombinasi meter analog dengan skrin digital yang bersaiz sederhana di tengahnya kerana video tersebut dirakam dari luar kereta tersebut .

JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

Kita hanya boleh melihat nyalaan lampu berwarna biru dan putih menghiasi panel meter tersebut. Ia kelihatan satu kombinasi warna yang menarik dan terus mengingatkan kami kepada panel meter X70 yang turut menggunakan skema warna serupa. Mungkin inilah keseragaman dalam reka bentuk yang bakal diterapkan pada semua model baharu Proton pada masa akan datang.

Rekaan baharu tombol gearnya pula nampak lebih premium manakala unit infohiburnya kini bersaiz lebih besar. Pada kami ia satu perubahan minima yang berjaya membuatkan Iriz MC2 kelihatan lebih moden dan mewah. Cuma yang agak mendukacitakan tiada perubahan mekanikal dibuat, sedangkan Proton sepatutnya menukar kotak gear CVT sedia ada kepada transmisi automatik yang dibekalkan Geely. Jika tidak Iriz MC2 sudah pasti jadi lebih menarik.

Apa pendapat anda mengenai perubahan dalaman pada Iriz MC2 ni?  Kita nantikan foto dan info seterusnya dari semasa ke semasa.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


    • bagi saya lah, control aircond dgn head unit lg elok guna button dgn knob sbb lagi senang nak guna masa drive, xyah tgk pun boleh adjust. touch ni lebih kepada gimmick dengan nak bg nmpk bahagian interior kemas je, x praktikal sgt pun


  • depan nampak macam persona tapi dengan new grill, belakang nampak kosong dan membosankan. kereta ini seolah-olah hilang identiti. nak jadi persona ke, nak jadi facelift iriz ke. saya tahu sebab nak jimat kos tetapi rakyat malaysia pun nak design cantik. tetapi…….

Leave a Reply