ARKIB

KATEGORI

Spyshots

PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

Foto Intipan

Views
Dr M pandu sendiri kereta menghadiri majlis rasmi k'jaan

Petang tadi tular satu klip video dari YouTube KiniTV yang memaparkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memandu sendiri Proton Iriz MC2 untuk menghadiri satu majlis rasmi kerajaan di Program Eksekutif Pengurusan Tertinggi Badan Berkanun Persekutuan di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Kami turut memperolehi foto Iriz MC2 yang lebih jelas dan kita akhirnya dapat melihat perincian dan juga perubahan ketara pada model tersebut yang kini lebih comel tapi nampak garang dan sporty. Lampu Persona dan sayap Proton diinspirasikan dari busur yang diwarisi oleh X70 telah menjadikannya lebih moden dan terkini.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Di bahagian belakang perubahan paling ketara diperlihatkan pada bahagian bampar dua tona yang lebih ringkas dan kemas. Bahagian pintu butnya pula kini dihiasi dengan kemasan plastik hitam berkilat yang tertera perkataan Proton dan ia mula diperkenalkan pada X70.

Logo Iriz MC2 juga mengalami perubahan reka bentuk grafik dan ia menampilkan kombinasi ‘i’ menggunakan huruf kecil, manakala ‘R’ dan ‘Z’ pula menggunakan huruf besar. Huruf  ‘R’nya pula berada dalam bentuk segi empat dan ia diwarnakan dengan merah, huruf yang lain kekal dengan warna krom/perak.

Akhirnya dapat juga kita lihat Iriz MC2 tanpa sebarang penyamaran lagi. Adakah ia petanda yang model ini bakal diperkenalkan dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan!

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • chasis yg baik. tapi masalah biasa proton – quality, refinement n technology engine & drivetrain. unlucky juga pasal lepas ni x pandai R&D kete sendiri, rebatch je. x belajor le. huhuhu


  • keciwa dengan proton, lampu belakang pasal apa tak macam konsep emas? bahkan nampak lagi kosong…..satu lagi kalau enjin dan transmisi sama, please la kasi update. jangan tiada perubahan kerana orang zaman sekarang pun dah reti tengok review dalam youtube. proton bukan toyota yang terkenal dengan reliability.

    takkan kepakaran geely tidak boleh digunakan?

Leave a Reply